October 3, 2014

BANG AT MY FACE!


Tak sangka dan berdusun blog ni.
Kalau ternak buah dah berlori boleh kutip hasil.


Well, sejak acah-acah bekerjaya ni, dah tak banyak benda aku nak sumpah seranah sekarang.
Busy dengan hidup sendiri mungkin.
Kadang, bila duduk diam-diam terfikir balik hidup dulu-dulu, tak sangka tuhan kasi aku settle down secepat ni. Tp aku tau, lambat atau cepat, pasti bersebab.

Dan sebab itu jugalah aku terdetik nak rasa mcm zaman kanak-kanak dulu.
Hello Timah, jangan la cepat buat spekulasi ckp aku tak bahagia pulak sekarang... zaman dulu maksudnya zaman aku belum mumaiyiz.
Belum bleeding cukup umur. Hoh!




Bila scan balik zaman kecik, adik beradik selalu ckp aku paling nauzubillah. Sampaikan ada nama jantan, si Puad. Apa taknya, tiap2 kali balik main petang, pasti kena libas dengan rotan.
Kepala berdarah tercocok buluh, mata cemey kena sengat tebuan, tapak kaki berdaki kena miang keladi, lagi hina sbb aku heret si kirin sekali kena rotan secara bergu
Ayah selalu bising dia tak jaga adik. Time tu boleh lawan cakap bapak ke? Nak mampos? Sekali lawan, bukan takat libas pungkoq, telinga pun kombo kena pulas. Kesian pirin, padahal tgh syok dia main polis sentri, aku dh berkubang kat celah pokok ceri. Berenang dlm kolam dgn imaginasi sendiri.

Tersasar lagi. Bukan nak cerita kisah kecik-kecik.
Niat awal nak upload gambar sendiri. Tapi kena la ada kata-kata pujangga supaya tak kena cop obses diri sendiri.
Selaku budak perempuan digelar nama lelaki, aku pastinya takpernah berambut panjang. Jadi, bila dh tua bangka, teringin nak flip hair kononnya. Jadi aku ternak la rerambut di kepala dengan jayanya.
Dh sampai satu peringkat, aku rs nak potong, dapat pulak tentangan si jodoh. Jadi untuk tak terlalu derhaka, ku potong jua. Tapi ushi ja la.

 

Bila dah rambut kontot di depan ni, itu yyg buatkan gua teringat zaman kecik. Pernah satu masa rambut depan dah panjang, bapak sibuk cari rejeki, dapat pulak anak tangan seni, aku kasi potong rambut sendiri. Kena lagi libas kat bontot. Sudahnya, stat dari situ, rambut abu bakar elah je sesuai untuk aku. Kontot tepi dan depan.
So, bila tiba-tiba aku kontotkan cenggini, terimbas la konon-konon cerita dulu kala, zaman kak long bermaharajalela di hutan mcm org gila.




Aisyemen, neves lah nak jumpa bapak, takut kena gelak. Gelak bapak aku bukan gelak sinis2 biasa ok, gelak diselangi dengan ayat ungkitan kenangan disuntik elemen perli berapi yang pastinya membuatkan aku nak selam muka dalam lubang jamban.

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke kaki bahan juga akhirnya.
Boleh?








2 comments:

Izuari Idris said...

weh.. mariamah tijo tu makcik hang ka?

Aaron Grey said...

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com

Post a Comment