December 30, 2010

GOODBYE GOODYEAR


December 31, 2010.
Hari terakhir.
2010- life has treat me quite well. Terima kasih Tuhan.
Waktu suka duka Tuhan uji utk hambaNya adalah sama, cuma keadaan yg berbeza. Kalaupun beberapa bhg penting dari hidup aku dah blah, dan agak terasa, aku yakin, akan ada yang lebih baik tuhan akan ganti. Tak kisahlah bila, dalam apa cara atau rupa.
Aku rs, stakat hilang dari mata tetapi masih roh masih bernyawa, tak beri apa2 makna melainkan, hilang dari mata dibawa bersama roh dan ditinggalkan jasadnya. Pemergian yang dikehendaki utk menjadikan aku manusia lebih benar itu perlu.
Jadi... nak kisah apa kan..
Hey 2010, goodbye, goodyear.



So Newyear, please be moreee nice to me okay!
Happy 2011 everyone :)

December 26, 2010

SUDUT SIPI KUMBAHAN.


27 Dis 2010- Interview for Pre-entry training scheme for NSTP.
Terkesima tgk interviewer pakai jeket kulit mcm azroy. Eh wait, Datuk azroy ni mcm nk kenal. Ok dh sedar, NSTP byk paper. Dan di depan aku adalah mereka2, dari HARIAN METRO board. And aku salah seorang bertuah yg terpilih utk ditapis dan akan berbakti kpd mereka kelak.
Nice! :|

Diam boleh tak? diam diam!



video


*****************************************

Ok, now watch.

*Ptuiiiiiiiiiiiih!

Look. look. look. look. look.

*Pekkk!


Heh~ sj try meludah ke langit. nasib baik landing sipi. mmg aku sengaja,
Belum masanya lagi utk aim tepat kat muka.

December 25, 2010

SONTOT LAH SENDIRI



THIS ENTRY CONTAINS UNWANTED WORDS.
JUST READ IT U, DUMBARSE!
________________________________________________________

Benda ni mcm agak mengganggu aku semenjak-menjak ni, kenapa manusia ni kalau nak berahsia, kena bgtau org lain rahsia tu. Menyalak bukan pada satu, tapi secara pukal. Dgn mengharapkan yg pukal tadi, akan simpan rahsia tu buat pusaka. Hey, ini manusia lah. Manusia bukan lipan, kau tekup dgn tempurung, buat bg dia diam kejap, hurai masalah, then kau lepas dia pergi, then dia akan keep rahsia tu sampai dia kena lenyek dgn mesin padi nnt. Bila manusia percaya 100% dgn manusia lain, agak pelik. Kalau pun kau penah tgk anu manusia tu dari zaman kau berkubang secara bergu dalam paya, dah tau luar dalam pada jangkamasa yg cukup lama, tak semestinya anu yg kau penah tgk dulu, akan tetap sama. ok lah, kalau lah pun sama fizikalnya, saiz? ah atleast mmg ada changes kan.
Sama lah jugak dgn harapan utk simpan pusaka kau tadi tu, bila org sekeliling dah menghembuskan bau mulut mereka bercakap pasal kau, wlwpun pemegang pusaka tadi ada satu table, apa kau pikir dia akan diam sambil korek2 kuku? kalau tak join kutuk, akan ada lah sikit dia cuit pasal kau. Dan kalau kau pikir dia kawan baik yg akan sanggup digilis lori taik semata2 nak selamatkan amanah pusaka raya kau, dia takda pulak kwn baik? So chances utk dia cita kt kwn baik dia psl pusaka kau, sgtlah besar. Dan kwn baik dia akan cita kt kwn baik dia lg satu, kwn baik kwn dia lg satu akan cita kt kwn baik dia lg lg satu. kalau pun namploh kwn baik seterusnya tak kenal kau, aku yakin, permulaan crita akan dimulakan dgn, 'Nak tau, kwn kpd kwn kwn aku.....'
So sekarang takyah nak menggeletis crita rahsia kau kt org, lagi baik kau kena libas dgn mak kau sbb crita rahsia kau kena sontot kt skolah, dr kau secara tak sengaja pegi open peluang utk masyarakat tau jubo kau dh tak setegap dulu.Kalau aku, apa aku kesah? dr sibuk aku nak jaga lubang jubo org lain, lagi baik aku jaga pungkoq sendiri.


'Buat apa tu, shuhada?'

'Jaga pungkoq, nek.'

December 4, 2010

WELCOME BACK!





YOKIES is our first TV animated series made its debut in the national scene, RTM in September 1997. Beginning February 1998, Yokies was being aired in Sultan Abdul Aziz Airport Cable TV as a promotion campaign. Yokies has already penetrated the international scene particularly in Southeast Asia, Middle East countries and USA.


_____________________________________________

U WILL NEVER BE FORGET,
WELCOME BACK OLD MEMORIES :)


For me, YOKIES is damn-bloody-harmonic-cute-egg family.
I wanna be part of them, can i?

'TUHAN' BUATAN SENDIRI.


aku nk tny la,
layakkah manusia utk bercakap deep psl satu-satu benda yg dia lansung tak dig psl benda tu? hny tau surface, dan beraksi mcm dia yg founder untuk isu tu. master serba serbi.
aku penah ckp dan ini pendapat aku, mungkinlah pendapat aku salah utk menyatakan bhw aku rs, memanipulasi sesuatu untuk mendominasi pendapat yg mahu dilihat benar, itu salah. mahu dilihat benar secara lansung akan membuakkan rasa menang dalam diri. tanpa sedar yang dia sedang memporak-perandakan keadaan sekeliling.

aku tak paham macam mana manusia ni hidup.
berjalan atas dunia dengan rasa confident yg dibuat-buat. manusia ini sedar dia punya kelemahan. sembunyi demi maruah diri. terus teguh mendabik dada yg tak se-gah mana. angkuh menegakkan raja segala rasa.
emosi aku berpendapat, manusia mcm ni lebih terok dari berhala. atleast berhala kafir itu disembah. dan kita tak tau jika berhala itu hidup, apa dia mahu disembah atau tidak. cuma realitinya, berhala itu tak punya apa-apa rasa. tapi manusia jenis ini, menyukat darjat sendiri dan berusaha meletakkanya jauh lebih tinggi dari berhala. menyembah diri sendiri. merasakan dengan sendiri bahawa dirisendiri itu tuhan. itu apa?
bukan isu ajaran sesat aku nk ckp, cuma rasa kemegahan meluak dalam diri. ya, sama mcm firaun. memandang hina manusia lain walaupun hakikatnya asal kejadian dari pencipta yang sama. selama mana? manusia di sekeliling bukan binatang. yg mana akan menyondol busut utk menyakitkan diri lalu membolehkan dia lupa apa yang terjadi sebelumnya. aku manusia, dia manusia, kau, manusia kan?
bagaimana rasa apabila sejuta 'tuhan' lain menunding jari menolak apa saja yg bakal kau ucapkan tanpa kau sempat mengeluarkan walau hny satu nada?
tak susah utk bangkitkan rasa dalam diri utk jadi 'tuhan', kebangkitan 'tuhan' akan lebih banyak utk deal dengan 'tuhan' yg sedia ada. ingt tu.
Dan utk godmasters, harapnya bertafakur dengan penuh buih buih 'dig' sebelum memulakan bicara 'deep' seterusnya. kerana kelahiran akan datang akan dipenuhi dengan berjuta lagi lapisan 'tetuhan' yg dibentuk dgn sendirinya utk mencantas 'tuhan' yg telah tercipta sebelumnya.

December 3, 2010

KENTUT DI MULUT.


Haih~ kecewa la pada manusia yg dok beza beza umur ni.
membezakan usia untuk menyukat kedalaman ilmu seseorang manusia lain. mereka ni tuhan apa? Ya, aku tau, samada mereka ni tua setahun atau sepuluh tahun atau bertahun2, mmg dah dikategorikan tua, yg harus dihormat. tapi agak2 la. Ini apa, sampai boleh predict masa depan org lain, tau yg mana jalan ke neraka atau jalan ke surga, yg mana patut yg mana tak, aku rs tok ayah pin pun akan garu kepala. apa lah kau john! john tanpa jiwa yg hny tau meluah ayat-ayat juah! Memang! para tua yg betul2 bangka pernah melalui usia dewasa, tapi keadaan kita tak sama. zaman kita berbeza. cara hidup kita lain. isu kita menyimpang jauh. pendekatan kita jauh jaraknya.

memang, dulu tak pernah ada isu lambakan anak2 haram mati dalam balutan kain pelikat jawa.
memang, dulu tak pernah ada isu terjun melintang akibat putus cinta walaupun sama jantina.
memang, dulu tak pernah ada tarian terajang dan menepis tanpa kebaya sarung yg ketat didada.

Aku tau lah benda tu. bunyinya kejam, sinis, negatif melampau.
tapi para tua, pikir la sikit. apa para tua boleh survive tak kalau hidup berstatus dewasa dlm zaman sekarang, survive utk jd manusia yg menolak nafsu dan fokus hny utk jadi manusia suci, mahmudah all the way? come on~ dlm usia tua pun masih buat benda laqo, dipengaruhi oleh zaman, mcmana mereka dgn confident utk deny kemungkinan dulu? please. and hey para tua yg tak seberapa bangka, kau pikir otak kau dah cukup excellent? dah taraf elbert einstein? bikin kuih samperit pun fail, sebolehnya nk mendongak menyangkut dagu di tiang bendera. apa kau ingat, otak 'budak-budak' zero? hey hey, kdg otak mereka lebih bersifat chewing gum dari org bajet tua lah. fleksible. digesel dan boleh membentuk apa saja.
Look, mcm ni lah ya. kalau nk sembang bongkak bab pengalaman, aku tadak selera. sbb apa? sbb itu hanyalah bau kentut dr mulut busuk yg meloyakan. apa mereka ingt mereka tua, dah tau segala benda? homeless yg berumur 13 tahun, korek sampah utk hidup, digigit anjing utk cr katak tgh malam, lagi tau makna hidup dari mereka yg nak itu nak ini, semua ada depan mata. Cuma aku nk ckp kt sini, berbeza umur itu takkan melambangkan apa-apa tanpa ada pemahaman yg secukupnya.

penat la nk bela ego manusia ni.
ego tu bukan tanaman ok.
kalaupun satu masa ego tu dh matang, tetap ego. tadak guna.
bukan boleh kutip hasil mcm padi pun.

sekarang apa? usia?
usia, bukan lagi penghalang~