November 26, 2010

THE FLYING PIG


kalaulah, aku byk buku
tak guna juga, kalau tak habis baca

kalaulah, aku banyak ilmu
tak guna juga, kalau tak tau guna

kalaulah, aku byk kelebihan
tak guna juga, kalau tak tau untuk apa

kalaulah, aku byk kawan
tak guna juga, kalau mereka tak suka

kalaulah~

ah, kalau nak dikira kalaulah,
babi pun boleh terbang.

November 25, 2010

HARI TUA



Ini lah bakal muka saya di hari tua
garis kedutan yang menyenangkan :)
love u maderby.



November 23, 2010

LOMPAT GAGAK!


************************************************
Sedikit Konversasi Koneksi yg Didiskusi mengenai - Jodoh dan Kelantangan Bersuara Manusia.

Aku- Aku rs, mesti susah nk dpt jodoh kalau perempuan tu outspoken.
dan amatlah menakotkan kalau mak2 sekarang still narrow minded bab ni.

Si Kwn beranak 4 - tak lah. itu dulu lah.
zaman la zaman semua org mengaji tinggi2
outspoken tu criteria aku bagi kat mak aku
aku kata kalau nak cari bini kt aku make sure dia boleh berdebat ngan aku. aku tak mau jenih hat dengar kata sampai aku nak kena decide semua. hahaha. bini aku ni, outspoken juga.
sebenagnya. kalau ikut rasulallah, isteri2 ni merupakan penasihat yg baik. nabi sendiri pun amik advise khadija. bila dia risau ka apa ka.
-Lagi...
pesan org tua kalau nak tgk laki2 atau perempuan
hang tgk dia hang rasa tenang, hang rasa secure
walaupun keadaan sekeliling ribut, dia tgk hang straight ja
tadak kalih mana2 time dia ckp ngan hang. boleh lah tu

Aku- kalau la aku tgk dia
aku rs tenang. tp haubaut aku tak rs secure plk.
mcm.. kalau p lorong gelap, mat2 pet mai menari togey depan aku.
aku yg kenai tibai semua org , dia lari nyorok belakang tong sampah
cmna? kacau bab jodoh ni.

Si Kwn beranak 4- kalau secure fizikal
tapi secara emosi boleh ka dia support hang?

Aku- Ya lah kan tok ayah, betul jugep.
Kena balance lah.

Si Kwn beranak 4- Betoi, balancing. Apapun, ingat, nak cari jodoh,
jalan set 'lompat gagak' tak boleh. Iaitu, jalan tonggek. mcm jalan beralun jenih tumit tak pijak tanah. haha

Aku- Hahahahhaha. LOMPAT GAGAK, WTF! hahahah.

* Si Kwn beranak 4 adalah bapak kepada empat org anak, berusia di hujung 40-an.



SUJUD TANPA RAKAAT.


eh you, - kata jejaka kpd aweknya:
boleh ikatkan tali kasut i? -ok
boleh sinting seluar i? -ok
boleh buangkan chewing gum yg letak kt tapak kasut i? -ok
boleh kelepetkan stokin i? -ok
boleh kiwi kan kasut i? -ok
boleh tukar plaster kudis kat tumit i? -ok
boleh lapkan sikit kotor kat buku lali i? -ok
boleh ketipkan kuku kaki i? -ok
boleh betulkan jaluran bulu roma kt ibu jari kaki i? -ok

eh you, - kata si awek kpd jejakanya:
boleh i buang kutu babi kt atas kepala u? -nope
boleh i ikatkan kan rambut bercabang u? -nope
boleh i tekan kepala u? -nope

'mendongak itu bagus utk jejaka. tp bukan untuk wanita'
Apa yg aku rs, adanya segelintir lelaki yg hny mahukan si awek utk terus sujud tanpa rakaat adalah perlambangan kepada kemegahan dan kuasa monopoli. Diharamkan si dara utk mendongak supaya tak mahu para tak-guna disekeliling berlaga telinga lalu membisik hina kedayusan si jejaka. Mungkinlah diari si kulup ditulis teori kalkulus bhw, yg namanya perempuan itu harus TUNDUK mengikut telunjuk dan jangan melebih kerana aku-si 'lelaki' adalah segalanya.
*PTUIH!
Tapi bila dh sedap sental perasaan awek dgn ayat pemanis jagung sekalipun, Pada ketika awek yg meliuk-liuk mcm ikan keli tadi sedar yg dia dh hidap penyakit tulang belakang akibat semakin bongkok. Pasti lah dia pun lari meninggalkan si bongok.

:)

November 20, 2010

APA KAU KESAH?


Aduh teman, sadar dong!
Since i'm smelling annoying flavour from a melting shittalk these few days.
This simple annoying poem has came out.


hey kau walau bukan pengakap~
marilah kita cakap dan cakap~
cakap terus cakap~
cakap dengan cekap~
mulut diberi utk bercakap~
org lain tak kisah kalau kita cakap~
sbb mereka pun sdg cakap~
walaupun kdg mcm celaka~
bercakap bukan mencapap~


November 13, 2010

THE AUWSOME REVIEW


Nov 13, 2010

Balik ke kampung.
First day, di dinihari yg nyaman setelah aku puas menyagat rasamalu di tar akibat di gelakkan bapak karana muet aku salah tarikh, Fader bwk lepak dkt warung geng dia area kaki gunung jerai.
Byk sembang psl politik kt Kedah. Dr isu banjir, smpai la kes MB tok ayah azizan bebai marah2 wartawan.
Walaupun aku sorang ja perempuan, muda, taff dan tak pny pengalaman lansung.
Tp apa aku ckp, veteran2 ni pay attention. Menyulam pendapat tanpa ada pandangan utk underestimate before aku bukak mulut. Nice.
Lain feedback kalau sembang dgn org muda cocok2 langit atau geng hangguk2, susah nak sembang sirius.


Dan, masa tgh selak2 roti canai yg dah lemau.
Aku nampak longgokkan paper Metro kt table sebelah. Aku dgn Metro ni mmg ada krisis sikit. Ok, shadap.
Jadi, dgn lelapis paper yg ada, aku assume mesti lah tokey kedai yg beli, takkan la rantaian kera kt kaki gunung tu usung nth dari mana plk kan. So sbb aku curious dan ber-narrow minded terhadap paper ni, aku tny tepet kt kwn tuan empunya warung. Ya lah, cara approach pastilah berbeza kalau nak berkomunikasi dlm peringkat umur yg tak sama.
Takkan lah aku nak sembur terus kt muka dia laju2 dan hurai pendapat aku pasal kekoro-an paper tu.
Jadi aku tny secara berlapik, best ka paper tu?
Dia ckp ok la, paper tu 'merangkumi' semua 'aspek dan isu' yg ada kt luar bandar.
Gila lah tindak balas dia menggunakan bhs melayu berunsur ayat-ayat anjakan paradigma. Mungkin dia anggap aku yg konon2 wartawan bajet ni tak paham kalau ckp melayu biasa, so dia tekan otak dia untuk construct ayat cemerlang. Dan aku dgn konfiden sekali nak bet , yg dia mesti tak tau bhw aku sebenarnya jadi auto bongok dan terpempan bila dgq huraian dia. Apa dia ingt, aku staff dewan bhs pustaka apa yg nak kena sembang bhs ketuanan melayu terok2? haish. Ok setel bab tu.
Aku tak kasi feedback, mungkin baru hari first, tak maneh nak argue. Menggigil ja mulut aku nak menjawab. Takpa, tunggu la seminggu lagi, bg kenal hati dan perasaan dulu, baru aku tiau balik.


Time otw balik. Aku tny bapak, si pengetua kedai ketuanan melayu tadi tu umur berapa. Bapak ckp umur dia, almost 70 atau lebih. Terkesima jgk semenet. Ya lah, agak susah nak cr manusia kertua yg living in a rural area, masih ada intention nk tau hal sekeliling. Dan bila aku terpikir deep lagi sikit, walaupun dgn membeli RANGKUMAN paper apart from hny hadap berita mainstream kt tivi. Pengetua tadi aku rasa mampu dilebel Autrageous dan Auwsome.
Sbb? dia adalah salah seorang penyumbang kpd peratusan warganegara Malingsia yg berkebolehan membaca.
Jauh lebih baik dari peratusan warganegara Indonesial yg buta huruf iaitu sebanyak... 48 %. Hampir separuh penduduk warga yg kononnya serumpun ni berbuta huruf. Kesian kan. So sila bersyukur dgn sistem pendidikan yg ada wlwpun tak sehebat mana. Takyah nak menyalak tak ketahuan hala.


Utk Pakcik warung, kontiniu gerebing the RANGKUMAN PAPER pakcik. I dont mind anymore.
Pfftt~

November 9, 2010

SEKEPING PIRING


Biodata nipis beliau: Syakirin Mansor @ Sapiring

Cadangan: Adalah bagus juga sekiranya sekeping piring ini dibiarkan tanpa ada pasangan seketika. Lantak la, mmg aku selfish pun.

Musabab: Jadi hidup aku tak la bosan dgn menerima kujungan dia dan kekutunya wlwpun pd waktu tak diundang.

Ayat Sokongan: Aku rs kalau org lain, hati pun boleh nipis kalau selalu dok kena kikis dgn ayat pedih. Tapi bukan abg saya. That is why, ailevmaibeladberader.

Ucapan: Trima Kasih Tuhan.


*layankan ja kepala mereng pirin yg suka bermonolong luaran*


Oh, dan si piring juga ada bg aku satu teka teki berbunyi:
Sos apa yg terbakar?
......... (dpt?)
jawapan : 'SOSilawati'

cemerlang kan teka teki ni?
sedikit pun TAK rs mcm dibabikan okay.



November 8, 2010

BERADAB


Kwn penah ckp, adab kita terbaik. Kalau nak compare dgn benua2 lain dlm dunia ni. Segala tatasusilawati semua kita jaga. Itu adab melayu yg dia maksudkan. Tapi aku ckp, maaf. aku tak setuju. Kerna aku tak rs adab melayu paling terbaik. Observe and Adapt. Mungkin tak setuju aku, dh melambangkan aku tak beradab kerna aku perlu ckp lebih berlapik utk argue or say no towards something. Mmg memualkan. Tp itu realiti yg masih diangguk smpai harini.
Aku tny kwn, apa huraian yg akan mengukuhkan kata2 dia? Dijawab, keadaan sini tekawal. Soalan seterusnya dimati. Aku tau apa seterusnya akan diucap, bakal aku bantah. Aku tak salahkan pandangan dia. Environment sekeliling membentuk pemikiran , itu jelas. Dan ya, dia mmg baik. Manusia yg terkawal. Aku tak tau nak kategorikan manusia beradab. Mungkin terlalu narrow, dan kalau perlu ckp ya, itu utk dia.
Tapi aku, lebih suka cakap untuk kapasiti yg besar. Mewakili semua adab dan budaya dunia jika aku mampu. Ckp psl adab, bagi aku, adab dibentuk untuk menjadi paksi halatuju dan cara hidup yg lebih dierti. Dierti dan Bererti. Tak sama.
Adab mmg lah berkait rapat dengan agama, tapi tak semua. Wujudnya adab yg terang lagi di jaja dan adab yg sembunyi berbisik. Pada aku, adab sembunyi sama seperti apa yg dihidang di negara yang kononnya pesat membangun. Hakikatnya, aku ambil contoh Singapura. Ya, mrk mmg membangun.
Kerana mrk mengamalkan adab yg sangat tertib dan halus. Tapi adab mereka beragenda. Mereka mmg beradab, tak pernah memaksa anak-anak bangsa mengikut acuan yang muak untuk diterima. Mereka dilihat fleksibel, para manusia yg sangat membenci negara sendiri akan melihat Singapura penuh kemahuan kerana ia dibentang dengan segala modul yg diatur untuk anak bangsa. Tapi sedarkah mereka, dimana akan wujud satu ketika, adab ini akan diolah menjadi satu peristiwa yg bakal menindas segala.
Melalaknya para manusia tanpa sedar ini cukup memberi mereka semangat untuk terus melumpuhkan apa yg cuba difakta. Mereka menabur wang kepada manusia walau bukan bangsa sendiri tanpa mengharapkan apa-apa. Mereka membuka pintu warganegara kepada si manusia lupa dan merasa diri cukup berjaya. Mereka terus menaburkan harta mengkaburkan manusia tanpa kira agama, hanya utk menyedut tenaga manusia.
Dan pada ketika waktu sedar mula terbuka, apa guna adab? dimana ditinggalkan budaya?. Bagi aku, itulah adab beragenda. Aku bukannya menyumpah Singapura, cuma dalam sesetengah perkara, aku rasa aku PERLU LEBIH TERBUKA.
Pastilah Singapura bukan contoh yg tepat untuk menggambarkan adabbudaya. Tp disitu lah akarnya. Dan akar itu menjalar dan mencangkuk keseluruh tubuh manusia.
__________________________________________________

Dan janganlah adab didefinisi mengikut peradaban dunia.