June 27, 2009

JATUH & BANGUN


Tiap hari...

aku akur kepada diri bahawa aku,
masih ada yang membenci.
masih ada yang mengkeji.
masih ada yang memandang sinis.
masih ada yang menolak.
masih ada yang melangkah menjauhi.
masih ada yang tidak dapat menerima.
masih ada yang akan terus melemparkan kata-kata.

Kadang aku jatuh, terhempap.
Sesak dada. Sakit. Umpama dipijak,disepak. Segala rasa.
Itu lumrah.
Aku bangun. Pandang sekeliling. Monolog berbaur maki, menyumpah.
Tapi aku perlu mendongak, bersyukur. Yakin. Kerana dalam setiap wujudnya kesakitan itu pasti ada lawannya.

Yang pasti, hari ini juga...

aku sedar yang aku,...
masih ada yang menyayangi.
masih ada yang mahu mengambil tahu.
masih ada yang mahu menjaga.
masih ada yang akan terus membimbing.
masih ada yang sentiasa berdiri di sisi.
masih ada yang melangkah mendekati.
masih ada yang terus setia memerhati.

4 comments:

Anonymous said...

makin matang

Anonymous said...

benar! dalam banyak banyak yang tak sukakan kita, masih ada yang dekat dengan kita.
perlu memandang positif bila ada perkara negatif yang datang.
kerana Dia telah menjadikan semuanya sempurna dan adil!
:)

silencescreamer said...

:E

Billie Jane Nab said...

goddarr instead of being called goddess of good writings! camne aa pemikiran ko? hee.. meh nak bedah! aku tak tau camne ko mampu express semuanya..

Post a Comment