May 6, 2009

NOSTALGIA

Tanggal 7 Mei kembali.
Aku, satu makhluk kecil,
yang dilahirkan 22 tahun yang lalu.
bertarikh harini ini.
Masih bernyawa.

Alhamdulillah.

7 Mei 1987. Berlalu.
Detik bermula. Berjuta memori aku lalui.
Utk smpai ke hari ini, byk benda aku dh rasa.
Khianat. Dengki. Gembira. Sayang. Benci. Ditikam.
Kadang, ada juga perasaan yg tak mampu nak disuara.

Syukur.
Mata masih boleh dibuka.
Lihat dunia. Kenai manusia. Hadap sejuta masalah. Teliti gelagat semua.

Dua puluh dua?
Agak tua bila di kira. Pengiraan hny angka. Bezanya dalam dada. Hati.
Itu sendiri pny bicara.
Yang aku tau,
Kehidupan, masalah, kwn2 , family , dan apa saja yg melibatkan aku.
Takkan berada pada takuk yg lama.
Berubah. Berubah utk menjadikan aku,
Satu benda hidup yg lebih matang dgn limpahan usaha.

Semoga perjalanan di depan bakal beri aku seribu satu makna.
Harapan: Aku akan teguh smpai bila-bila...


Amin~
Terima Kasih Tuhan.

4 comments:

Jainab said...

happy belated birthday..

Anonymous said...

life is unpredictable
selamat hari lahir.

alinaabdullah said...

selamat hari lahir

KAZUMI said...

7 may? seriously?
same with me :)

Post a Comment