December 4, 2010

'TUHAN' BUATAN SENDIRI.


aku nk tny la,
layakkah manusia utk bercakap deep psl satu-satu benda yg dia lansung tak dig psl benda tu? hny tau surface, dan beraksi mcm dia yg founder untuk isu tu. master serba serbi.
aku penah ckp dan ini pendapat aku, mungkinlah pendapat aku salah utk menyatakan bhw aku rs, memanipulasi sesuatu untuk mendominasi pendapat yg mahu dilihat benar, itu salah. mahu dilihat benar secara lansung akan membuakkan rasa menang dalam diri. tanpa sedar yang dia sedang memporak-perandakan keadaan sekeliling.

aku tak paham macam mana manusia ni hidup.
berjalan atas dunia dengan rasa confident yg dibuat-buat. manusia ini sedar dia punya kelemahan. sembunyi demi maruah diri. terus teguh mendabik dada yg tak se-gah mana. angkuh menegakkan raja segala rasa.
emosi aku berpendapat, manusia mcm ni lebih terok dari berhala. atleast berhala kafir itu disembah. dan kita tak tau jika berhala itu hidup, apa dia mahu disembah atau tidak. cuma realitinya, berhala itu tak punya apa-apa rasa. tapi manusia jenis ini, menyukat darjat sendiri dan berusaha meletakkanya jauh lebih tinggi dari berhala. menyembah diri sendiri. merasakan dengan sendiri bahawa dirisendiri itu tuhan. itu apa?
bukan isu ajaran sesat aku nk ckp, cuma rasa kemegahan meluak dalam diri. ya, sama mcm firaun. memandang hina manusia lain walaupun hakikatnya asal kejadian dari pencipta yang sama. selama mana? manusia di sekeliling bukan binatang. yg mana akan menyondol busut utk menyakitkan diri lalu membolehkan dia lupa apa yang terjadi sebelumnya. aku manusia, dia manusia, kau, manusia kan?
bagaimana rasa apabila sejuta 'tuhan' lain menunding jari menolak apa saja yg bakal kau ucapkan tanpa kau sempat mengeluarkan walau hny satu nada?
tak susah utk bangkitkan rasa dalam diri utk jadi 'tuhan', kebangkitan 'tuhan' akan lebih banyak utk deal dengan 'tuhan' yg sedia ada. ingt tu.
Dan utk godmasters, harapnya bertafakur dengan penuh buih buih 'dig' sebelum memulakan bicara 'deep' seterusnya. kerana kelahiran akan datang akan dipenuhi dengan berjuta lagi lapisan 'tetuhan' yg dibentuk dgn sendirinya utk mencantas 'tuhan' yg telah tercipta sebelumnya.

2 comments:

Darrr said...

diam ah. i dont need 'pengetua'.

Anonymous said...

Tuuu noo?

Post a Comment