November 8, 2010

BERADAB


Kwn penah ckp, adab kita terbaik. Kalau nak compare dgn benua2 lain dlm dunia ni. Segala tatasusilawati semua kita jaga. Itu adab melayu yg dia maksudkan. Tapi aku ckp, maaf. aku tak setuju. Kerna aku tak rs adab melayu paling terbaik. Observe and Adapt. Mungkin tak setuju aku, dh melambangkan aku tak beradab kerna aku perlu ckp lebih berlapik utk argue or say no towards something. Mmg memualkan. Tp itu realiti yg masih diangguk smpai harini.
Aku tny kwn, apa huraian yg akan mengukuhkan kata2 dia? Dijawab, keadaan sini tekawal. Soalan seterusnya dimati. Aku tau apa seterusnya akan diucap, bakal aku bantah. Aku tak salahkan pandangan dia. Environment sekeliling membentuk pemikiran , itu jelas. Dan ya, dia mmg baik. Manusia yg terkawal. Aku tak tau nak kategorikan manusia beradab. Mungkin terlalu narrow, dan kalau perlu ckp ya, itu utk dia.
Tapi aku, lebih suka cakap untuk kapasiti yg besar. Mewakili semua adab dan budaya dunia jika aku mampu. Ckp psl adab, bagi aku, adab dibentuk untuk menjadi paksi halatuju dan cara hidup yg lebih dierti. Dierti dan Bererti. Tak sama.
Adab mmg lah berkait rapat dengan agama, tapi tak semua. Wujudnya adab yg terang lagi di jaja dan adab yg sembunyi berbisik. Pada aku, adab sembunyi sama seperti apa yg dihidang di negara yang kononnya pesat membangun. Hakikatnya, aku ambil contoh Singapura. Ya, mrk mmg membangun.
Kerana mrk mengamalkan adab yg sangat tertib dan halus. Tapi adab mereka beragenda. Mereka mmg beradab, tak pernah memaksa anak-anak bangsa mengikut acuan yang muak untuk diterima. Mereka dilihat fleksibel, para manusia yg sangat membenci negara sendiri akan melihat Singapura penuh kemahuan kerana ia dibentang dengan segala modul yg diatur untuk anak bangsa. Tapi sedarkah mereka, dimana akan wujud satu ketika, adab ini akan diolah menjadi satu peristiwa yg bakal menindas segala.
Melalaknya para manusia tanpa sedar ini cukup memberi mereka semangat untuk terus melumpuhkan apa yg cuba difakta. Mereka menabur wang kepada manusia walau bukan bangsa sendiri tanpa mengharapkan apa-apa. Mereka membuka pintu warganegara kepada si manusia lupa dan merasa diri cukup berjaya. Mereka terus menaburkan harta mengkaburkan manusia tanpa kira agama, hanya utk menyedut tenaga manusia.
Dan pada ketika waktu sedar mula terbuka, apa guna adab? dimana ditinggalkan budaya?. Bagi aku, itulah adab beragenda. Aku bukannya menyumpah Singapura, cuma dalam sesetengah perkara, aku rasa aku PERLU LEBIH TERBUKA.
Pastilah Singapura bukan contoh yg tepat untuk menggambarkan adabbudaya. Tp disitu lah akarnya. Dan akar itu menjalar dan mencangkuk keseluruh tubuh manusia.
__________________________________________________

Dan janganlah adab didefinisi mengikut peradaban dunia.

3 comments:

Raja Dol Haq 2 said...

serius aku x fhm
ni dah kali kelapan aku baca
aku rasa kne baca lagi dua kali
mungkin tepat kata hang aku ni lame
walaupon lame itu subjektif

JzAnvr said...

Kenapa mesti Singapura ?

Cuba hidup setahun di Singapura & Indonesia.

Then baru menulis, ...cuma suggestion.

Darrr said...

Sbb itu singapura, dan ia singapura bukan amerika. Singapura itu asia. Bukan mana-mana.
hidup di singapura atau mana, tetap sama. langit biru juga yg dijunjung. Apa salahnya? Bersebelah untuk dibeza.
Penulisan dimuntah berdasarkan fakta dari manusia yg pernah menetap dia KEDUA negara. Sudah berusia. Berpindah sementara dengan kosong idea. Menjalankan perniagaan dan berhadapan dgn semua lapis manusia. Persepsi dibina berdasarkan pemerhatian dan bukan hny bicara tanpa makna.

Dan aku, manusia yg tiada apa, takkan menulis jika hny bersandarkan ilmu yg sgtlah tak seberapa.

Post a Comment