April 8, 2010

JERIT BILA SAKIT



Suka aku nak cakap yang 'manusia hanya celik bila benda terhidang depan mata'. Setuju?Celik sini bersangkut dgn apa saja benda yang melibatkan perasaan. Kita kadang terpanggil untuk memuntahkan sesuatu yang kita rasa salah atau benar hanya pada ketika kesedaran kita tercuit. Acuan untuk luahan boleh disalur melalui komentar, maklumbalas. pandangan bla bla bla...

Berbelit? Mcm ni, sedar atau tidak, kita manusia cuma akan mengintepretasikan rasa apabila kita membaca sesuatu mengenai sesuatu. Contohnya bila baca pasal peperangan. Yang segala macam penderitaan di muatkan dr mula hingga akhir perenggan untuk memburu reaksi pembaca. Gambar tragis dihampar untuk tatapan.So masa tu kita akan lampiaskan rasa perikemanusiaan jadah semua tu.

Senang ckp, kalau kita makan, bila perot penuh,...kenyang. Rasa kenyang tu akan lanjut utk bebrapa jam lepas kita menyumbat. Then lapar balik. Then makan. So, reaksi yg sama boleh nampak dalam penulisan. Apa jua genre. Bezanya, mungkin kita 'kumbah' apa benda yg telah kita makan utk rs lapar kembali, cuma dgn pembacaan MUNGKIN kita akan simpan benda yg penah kita isi dalam otak . Benda ni akan berulang. Antara kita mungkin wujud manusia yg oppsite dgn apa yg aku hurai ni. Yg mana perasaan tu meleret digalas sampai ke tua. Umumnya, behavioural pattern mcm ni yg obvious sejak dari sebelum masihi pun. Penulis berjaya. Impak drp karya mereka terbentuk. Tapi kita, yang perasaan belas kasihan wujud cuma pada ketika membaca.

Selepas 3 hari, kita mungkin akan berbual dengan kwn2 mengenai isu tersebut dan sedaya upaya utk mengekspresikan perasaan tu.Apa kesannya selepas seminggu? Yang tinggal hanyalah perasaan belas kasihan yang diterlindung disalut dek lemak-lemak badan. Sadis.

No comments:

Post a Comment