February 4, 2010

INTELEKTUAL + INTELEGIANSIA : Inti 1Malaysia.

_______________________________________________________

This might be a bit boring.
Nevermind. Just read and get the idea.


_______________________________________________________

Intelektual – Secara amnya, kita layak dikategorikan dalam golongan intelektual. Bermaksud, kita telah melepasi fasa-fasa formal pendidikan dari peringkat permulaan sehinggalah ke pengakhiran sekolah menengah. Mahasiswa IPTA mahupun IPTS/Kolej turut termasuk dlm kelompok ini walaupun secara realitinya mereka telah melangkah lebih setapak fasa kedepan.


Intelegiansia - Merujuk kepada kelompok individu yang mempunyai dasar keterbukaan pemikiran yang menjangkaui minda kebanyakkan. Disini bukan bermakna seseorang yang mempunyai PhD atau Master dlm pendidikan boleh diertikan sebagai intelegiansia. Untuk sampai ke tahap intelegiansia, individu itu haruslah mempunyai beberapa pendekatan ataupun daya usaha yang telah dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan komuniti masyarakat merangkumi pelbagai aspek.


*********************************************************


Kedudukan manusia secara dasarnya adalah sekata. Sehingga agama sendiri menyeru kita untuk bersikap samarata.Yang membuatkan seseorang itu berbeza dari segi taraf, pangkat, panggilan atau kuasa dalam masyarakat bergantung kepada penilaian yang ditentukan oleh masyarakat itu sendiri. Pandangan minoriti akan membentuk persepsi majoriti terhadap individu. Hal ini menjerumus kepada beberapa faktor akar yang membolehkan individu itu berada pada tahap tertentu. Jelas, ia bergantung samada pada usaha individu tersebut, level pemikiran , Harta dan kuasa (samada dilahirkan dlm keluarga berkuasa atau berusaha utk memegang kuasa) sehinggalah kepada jasa yang telah dicurahkan kepada masyarakat (jasa yang diharapkan atau diharamkan).


Simpulan teori ini melahirkan pelbagai panggilan dan pangkat dalam institusi keluarga, kejiranan, daerah, kawasan seterusnya menuju kpd jumlah masyarakat yang lebih besar. Dan pada harini ini, kita dapat mendengar panggilan MAKTOK,PAKCIK,MAK NGAH, YG BERHORMAT,YG BERBAHAGIA, PROF MADYA, Dr, TAN SRI,DATUK SRI, DATIN, TAN TIN TUN dan sebagainya.


Dan apakata kita pelbagaikan sedikit skop ini kepada kelompok individu yang mana juga turut mengaplikasikan panggilan dan pangkat dalam 'gerombolan' yg mereka tubuhkan. Oleh kerana terhasilnya amalgamasi aneh ini, dimana mereka yang majoritinya berbangsa melayu, pemilihan panggilan dipengaruhi dari adat asli ketuanan melayu. Mari kita mempersoalkan apakah 'jasa' yang telah dileburkan oleh ADIK-ADIK, SAUDARA KEMBAR,ABG LONG, ABG NGAH, KAK LONG,KAK LANG, TOK AYAH, TOK NEK, TOK HANG!

salam |||

2 comments:

alif ca alif pa said...

LL salam dari adik beradik tiri

Darrr said...

haha.bongok!
cermat skit cab. ///

Post a Comment