January 4, 2010

DIMANA CINTA SI PERABA?

aku di lahirkan sbg perempuan. ya.tulen.
tapi kadang mood menggamit. utk merasa apa ada dgn isi hati si lelaki.
utk lelaki yg mengejar cinta- aku sedekahkan anda title sbg si peraba.
situasinya umpama meraba2 berlian dlm pasir la.

cinta.hemph~
memerlukan 2 kombinasi jantina.
lelaki dan perempuan.
aku tau byk jugak cinta yg melawan arus sekarang. cinta sejantina.
tp kat sini, aku berckp pasal cinta yg mengikut lumrah alam.
itu tipikal, bg lelaki yg dh pny cinta. steady. jodoh ok. ya, maybe ada slex sikit here n there but still pasti lega. mungkin cinta mereka boleh dikatakan tulen, setulen jantina aku. tp itu utk yg isi hati murni la.
bg yg palat? cinta mereka lagi keji dr anjing salai.loser balls!
tp bg yg masih meraba-raba? sedangkan umur sudah lanjut dan sepatotnya sudah bergelar bapa? semak. tekanan. berserah. dan cara yg paling mudah, guna kabel. petik kwn2 utk tlg carikan jodoh.
dan aku, scr wajibnya turut terjerumus dlm situasi kabel-mengkabel ni. rimas. taktau nak hulurkan kwn2 yg mana. dlm otak ligat berfikir alasan, aku sedar. betapa sukarnya kalau aku dilahirkan sebagai lelaki.

ini baru hal meraba, belom masuk bab keluarga, tanggungjawab, anak, dan sbg manusia.
rumit. cuba bayangkan,
mcmana kalau aku dh jumpa satu awek ni yg aku rs nice, tp padahal latar belakang hidup dia damn gila. yes, past is past. tp kalau past tu teruk tahap anjing, nak pulak awek tu suka menjalang sana sini. hish, sumpah la kan.
itu bab menjalang. nak pulak awek tu jenih vakum pulak? sedut semua harta benda yg ada.mau garu kepala nak melayan itu ini. demand satu hal. dan lg tak guna kalau dia just kwn nak main-main ja.
mostly kwn2 yg meminta2 awek ni kwn2 yg nice, cuma kdg mereka busy bekerja sampai tak sedar umur dah bangka. si ibu dah bising2, kwn2 sibuk tny hal bila nak berumahtangga.
lelaki mana tak semak di tny soalan secemerlang tu. kalau boleh sumpah org semudah meludah, pasti dah byk OKU dlm dunia ni. jd bisu kesemuanya.
mostly si peraba ni ialah kwn2 yg nice. so, utk puak2 nice, aku kena crikan gadis yg nice. tapi hakikat utk hulurkan gadis yg nice. 0.001% ja yg ada.

kwn2 sendiri, berjantina gadis yg kita close pun kdg ada yg solo, tapi itu la. ada bab yg slex sikit. yg boleh close pun atas prinsip, 'lu pny hal pribadi gua tak kacau'. tp ya, kita tau ja hal mereka, even di mulut ckp taknak ambik tau. syg mmg syg.kwn2 dh mcm adik beradik. tp hal masing2 buat apa nak ambik kisah. pandai2 pikir la. hobi meng-weed kan diri, pils, arak. dah biasa. nak tegur nnt lain kisahnya pulak.kdg dtg dr kampung mana2 ja pun. tp bila dah dikelilingi benda2 urban, hidup pun jd urban.

ckp pasal kampung, pernah aku sruh pembujang2 ni pegi rikki awek kt kpg2. awek kpg selalunya pure, suci. cliche kan?. Semua berubah jd bangsat time aku nampak sendiri awek2 di kpg yg pada dasarnya tenang tp kebanyakkannya dh maju lalu menjadi minah rempit. weng sana weng sini~. maybe pakaian tak la se-urban awek2 kl. bila masuk bab komunikasi, mereka paling hebat. selambe approach mat2 rempit smpai aku pun geleng kepala. betapa up-nya self-confident mereka.
situasi tu utk awek2 yg terperap di kpg, mcmana plk awek2 kpg yg terperuk di kotaraya?
kpg atau kota adalah dua istilah berbeza. ejaan dan sebutan scr terang sgt berbeza. tp bila tunding bab wanitanya,tadak apa yg beza. itulah halnya, dan jujur, sekali lagi berguling2 aku bersumpah, syukur dilahirkan sbg perempuan. tak perlu nak tanggung tekanan menjd si peraba.

................................................................................................

aku tau, aku berckp pasal kaum hawa. walau apa sekalipun keadaanya, mereka tetap wanita. sama mcm aku. hormon masih sama. cuma bezanya di dada. dan akal.
aku bukan malaikat, tak juga ckp aku perfect. cuma jadikan diri lain dr kebanyakkannya. tadak sapa boleh jaga aku melainkan aku sendiri. bukan mintak di pandang tinggi tp jaga nilai estetika yg ada. kenang asal usul mana dtgnya kita.
utk kwn2 yg masih meraba-raba. kata lah aku sep awek atau apa, sep aku utk kebaikan.
sbb kecewa harini lebih bermakna daripada kecewa di masa depan.
dimana si peraba dh start suka dan mula belajar meraba. :E

5 comments:

ACB&UNIA said...

:)

CikMiko said...

heeeee :)

udi said...

lama aku x singgah..
kau pun nice :)

nana said...

muhasabah is good :)

peraba said...

aku tgh...haha
bes le blog ko ni

Post a Comment