August 31, 2009

MALAYSIA - USA : MALU - SIA


'Malaysia basically a "1st world" country like US'
_________________________________________

Mula-mula aku tak paham dr sudut mana title ni diberi. Kemajuan? Penyelewengan? Jadah apa lg yg org nampak dan samakan dgn Us. Pada aku, mungkin kalau dr segi cara hidup masyarakat yang dah jauh membangun dengan mengaplikasikan cara hidup barat.Lelaki perempuan dah macam tadak batas. kalau itu dikatakan Usnya, mmg tepat.

Tapi lama-lama aku dah nampak. banyak benda jgk yg sebenarnya sama. Mungkin pemulut2 yg memberi title ni melihat dari segi cara pemerintahan.pendemokrasian bajet. Pembangunan segala apa lancau tu semua.

Mana tak, kalau bercakap pasal sekatan2 yg kerajaan buat, takkira la dr segi apa pun, rakyat bising2. bagi yg bodoh, akan terus nganga memaki hamun. ckp kerajaan itu,kerajaan ini. Tapi sebenarnya semua sama ja. Aku kat sini bukan sebagai pembela 1 malaysia atau apa. Aku letak tgn aku diantara nasi paprik dgn sirap ais. Dua-dua sama.
Kalau kita tgk, kat US sendiri pun applikasi benda yg sama. Sampaikan email pun dimonitor oleh FBI ( Federal Intteligence Agency). Apa cerita?

Kalau cakap pasal korupsi, semua negara sama ja. Nak pulak involve golongan kaya-raya, berpengaruh, ada business interests, lagi la klimaks jadinya. Utk anai-anai yg brjangkahayat pendek, tak payah la nak laung-laung yg mana wangi yg mana busuk. baik yg mengelap punggung kerajaan dgn tisu sampai lah ke golongan yg mengelapnya dgn spike. Semua sekata. Dan kpd sapa-sapa yg agungkan sgt dgn negara luar tu, hentikan la. kalau nak compare utk kebaikan, itu tak jd masalah. tp utk melekehkan negara sendiri, usya2 la kad pengenalan anda.
Nak ka kita jdikan negara yg sebenarnya tak segah mana sbg kiblat? Sombong, takbur , bodoh, putarbelit, segala mcm benda ada. Contohnya Us, Bila ckp pasal kesombongan mereka ni,pointnya beribu-ribu. Pengakuan yg dibuat penuh bangga. "Us- the land of free" " The best country on earth" " the most economical affluent country" bla bla bla. Tapi hakikatnya, Us bukan saja mempunyai paling byk rakyat dlm penjara malah paling tinggi percentage per capita. Lagumana cerita?

Mereka selalu menggembar-gemburkan bhw negara merekalah paling kurang jenayah, mengamalkan kerajaan demokratik dgn kebebasan berpolitik, negara paling selamat.
Tapi apa yg selamatnya smpai tercetus 11 september?
Masa tu, mula la kalut, ahli keparat yg dulunya terbaring atas gundik2, sekarang dah berdiri tegak terus pakai baju tentera. pgg M16. Sangkut peluru atas bahu.Time tu baru penjahil2 ni sedar yg negara mereka takla sehebat mana. Ya la, berapa org sgt pun yg involve dlm 11 sept tu. bukan beribu org pun.Hny beberapa ekor semut kecil. tapi kesannya? menggelegak dunia.
Nah sekarang? sapa-sapa ja yg masuk Us, nama ada sangkut paut dgn Laden sikit, dah kena cekup ke balai. yg Raden pun kena skali. Pulak, yg mana berselubung jubah, dah di pandang atas bwh. Bungkusan yg dilihat tanpa nama ja, dahhhh semua kalut2 call polis. takot kepala mereka terburai. kesian...gah di mulut, nyah~ di dada.

Diakui, rakyat Us boleh buat apa shj. Mana-mana negara pun sama. Asalkan benda yg kita buat tu tidak bertindak melebihi syarat, kita tak akan dihempap masalah. Kebebasan utk bersuara, utk menyatakan benda yg kita rs betul tu tak salah.Tapi kita kena pandang dr sudut semua. Apa kenyataan atau perilaku kita buat tu akan efek buruk utk org sekeliling kah? akan mencetuskan pergaduhan kah? atau paling tidak, sekadar membuat org bermasam muka. So, utk rakyat bangsa apa pun sama. Teliti siapa kita.

Jgn nak menyalak sesuka hati bila org marah kita berak tak flush. Alasan yg kita rs cukup fakta utk nak melawan, sbb flush tu rosak. tp otak ada, akai guna. byk lg cara boleh buat.
Selagi kita tak hentak flush tu smpai rosak, Majlis Bandaran takkan marah pny.

2 comments:

CikMiko said...

u just got a really really good point, darr!
nice words!

Anonymous said...

thumbs up

Post a Comment