October 31, 2011

MENJALARLARA


Tak guna suka berbudi kalau niat mcm yahudi,

Tak guna mantap bodi kalau hati keji,

Tak guna bajet langsi kalau hari-hari kena maki,

Tak guna agung itu ini kalau hidup sendiri buta tuli

Sembahlah yang suci utk lebih mengenali diri

Ciptaan tuhan beraroma manusia bersifat mcm ni bercambah menjalar diseluruh ceruk dunia,
jgn kita silap bezakan mereka,
terbentuk merekalah, nyata membunuh kelangsungan hari muka.

October 30, 2011

BANGSA SI AHLI LELAP DUNIA.


Arakian, sdgkan roti canai koyak atas meja langsung tak berjaya mengorat perhatian aku apatah lagi mamat lengan sebesar bakul kt table sebelah dok sembang kencang bab racing2 moto besar. Walaupun dh lewat malam dengan baju kerja masih didada, disulam pula minuman berbuih panas, ia adalah waktu perfek utk bersenggama dgn dirisendiri. Bejuta benda melayang-layang dalam otak. At one point, rs syukur sbb Tuhan corakkan perjalanan hidup aku mcm ni. Dpt tau byk benda, kenal pelbagai bangsa manusia dengan berjuta pengalaman berbeza.

Aku tunduk, usha kukukaki sendiri yg nice.. dongak atas, nampak bintang sebijik dua..tarik nafas, lega sbb tak bau ketiak mapley...Alhamdulillah, syukur sbb dada masih berombak. syukur sbb aku tak perlu berjalan rentas border beratus2 kilometer semata2 nak minum sirap suam. Tak perlu pakai baju bulletproof kalau nak jalan2 kt uptown. Tak perlu gongong bom atom utk masuk gig. As long tak dihalang utk achive target hidup, keadaan skrang aku consider dh ckup freedom.. Bangga jd anak malaysia, campur sedih kalau kita betul2 tau perjalanan hidup yg namanya negara Malaysia dan isi realitinya skrang.

Kita sepatutnya rs unsecured dan berusaha utk hilangkan rs tu. Bkn nk suruh berperang, setiap langkah diatur perlu waras. Tp kita lupa, itu hakikat yg manusia berjelaga bontot tak pernah sedar sampai ke hari ni. Yang mrk tau, melalak menentang itu ini. Bkn apa, aku taknak keturunan masa depan nanti terpaksa beli keselamatan diri untuk hidup. Contoh, mcm Somalia sekarang, dh ada pakej upah pegawai peribadi. Siap boleh nego. Apa kes beb? Kau sanggup, kalau mamat muka minta kaki, ketiak bau stokin, ikut kau kehulu kehilir menempek kt bontot kau kemana saja semata2 nk buat kau rs selamat? Pikir la sikit.

Aku kdg tu kesian kt pihak2 agak berkepentingan ni, ye la, mat2 polis. Ada betul, ada salah. Tp jgn la nk blame semua sama. Ini tak, buat silap sikit, beribu masihi pn still tak habis nk kondem. Abeh kalau tak percaya polis, takyah la buat report pulis. Ini tak, polis baru sentuh pistol ja, mulut dh siap rapping. Mmg la ada salah dan betul, tp siapa kita nak judge. Tak tau akalpunca tp boleh tarafkan org lain dgn hny hidu aura mulut nthsapa2. Apa kot.

Itu la perangai manusia, kdg2 boleh kasi tekincit aku kalau nk cuba faham apa yg set-set rebel ni nk sampaikan. Tebiat rebel ni lagi hina kalau smpai membawak ke tua. Jenih spesis Rajnikhan tak sedar diri ni mmg boleh bikin rosak masa depan. Kesian, muda2 lg dh besawang kepalaotak disalut benda murka. Mungkin la, sesetengah benda yg relevan untuk ditolak, patut kita tolak. Nk tolak, buat cara betul. Jgn pikir kau lwn skrang sbb boleh puas hati time tu saja, tekan la otak tu sikit untuk pikir apa akan jadi dalam masa 15 thn kedepan. Mampu lg tak keturunan cicit kau lepak mapley tgk restling kalau dh freedom dilelong nth kemana.

Aku harap wlwpun aku still hidup 20 thn lg, negara ni takkan sampai tahap menggagau mncri freedom. Kalau pun ada time tu, harap tak kena cr kt ebay sampai kena bid. Lg parah kalau sementara tgh bid nk menang, M16 dh siap tecocok kt telinga kau. Celik mata ja dh sarapan tapak kasut penjajah.

October 3, 2011

ENOUGH SAID,


Aku, maafkan kamu,
Tak perlu kita bertemu, cukup kau tahu,
yang aku, maafkan kamu,
Tolong teruskan hidup,
jangan sebut namaku.


Well said.