Bagi aku,
memanipulasi sesuatu dengan mendominasi pendapat
yang mana mahu dilihat benar
itu salah
manusia takkan mampu menebus...sepenuhnya, kesilapan
kerana yang salah itu pasti terus tebayang
tapi kita mampu menembus benteng ego sendiri
kerana dari situlah segalanya akan bermula
perebutan untuk memiliki pengaruh memang pesat
selagi dunia tak pejam,
selagi itu tolak-menolak keji-mengkeji akan ada
tapi sebagai manusia yg hny ada satu tiap yang dicipta di dunia,
kita harus tau beza yang mana pendapat , yang mana kenyataan
dan dari situ,
kita boleh tau yang mana boleh dilawan
yang mana harus dipertahan
jangan lantang memburuk budaya
jangan terlalu buruk sangka tentang bangsa
cuba sejenak di congak hasilnya,
yg ada cuma rasa benci, bermusuh, muak
dan akhirnya lansung tak boleh perbaiki diri
mengkeji, menunding, fitnah,
itu datangnya dari budaya, bukan ajaran agama