March 20, 2011

SPENDA TERBANG


Sekarang, itu spenda sula tarbang la. Spenda yang aku lilit untuk cover aku dr dibuai mimpi indah dengan membaca kisah2 persertubuhan haram di tangga CM dah ditiup angin. Dah melayang-layang view aku psl paper yg aku pernah hantam dulu. Hey brader, kampeni sendiri kan, takkan gua nak drop plk. Terang2 kampeni tu yg kasi aku duet utk recycle stok spenda baru. Tapi serious cakap, kalau aku tak keja dlm bidang mengetuk kibod ni, sumpah aku tak dapat beza antara lambakan paper yg ada skarang.
Skrang baru aku paham. Bkn taraf aku nak judge keja org lain tu kategori bodoh atau takda quality atau sampah atau gila babi superb sampai boleh award stok biskut cap pingpong setahun. Cekadak2 kt luar yg mulut bau sawah tu, sila diam. Kau kalau tak penah keja dlm bidang mengetuk ni, jgn suka2 menyalak ckp itu ini kondem keja org lain. Kau rs kau ado, the art and skill of mengetuk? kau takdo kau diam. Pegi ketuk batu nisan sendiri. Hidup aku skrang ni disponsor, hari2 aku dpt pen free, stakat nak tikam org dgn pen parker- made in Italy tu apa lah sgt kan~

Tp serious ckp, sapa- sapa yg minat nk jd journalist, go ahead dude. Its a really exciting job. Koneksi dgn polis tahapl A+, Pastu bleh ekses tempat yg org kbnyakkan tak bleh masuk, selain dr dpt bau aroma mulut CEO kampeni besau2 sehinggalah aroma ketiak serendah2 pangkat manusia. Mengujakan bukan? pftt~ kebas bibir i klau nak hurai nyah~ Bkn aku nak promote, tp dgn kehadiran bakat2 baru dpt memudahkan kerja aku juga. Hehe. Eh hello, jgn nk pikir rutin ketuk2 kibod, sambil otak memvakum words nk bg jadi satu story dgn flow yg indah tu senang? Mengetuk kibod sambil kepalahotak ni ligat mengepam idea utk menghasilkan sekeping story yg berbaur human interest adalah situasi yg amat taff okay. Kalau salah ketuk maunya rs nak ketuk kepala sendiri kt bucu meja. Sumpah, alif lam lam ha! mencabar wei.

So para2 calon spm, lepas setel ja tonyoh jwpan last paper exam nnt. Terus lari pegi U terdekat dan apply dip utk kos kewartawanan. Nawaitu anda mungkin akan didahulukan dgn ganjaran pahala. Tp satu hal yg harus ditanam dlm kepala, once u jump into this industry, u are belong to society. Minat atau takminat tolak tepi, meh sini aku nak ganyang sampai terpancar minat kt muka tu. Perkara yg paling nice anda akan rs bila kerja sbg pengetuk ini adalah respect dr masyarakat. Tak perlu minta sbb kalau kau iklas dgn kerja kau, ia akan dtg tanpa tanda. And believe me, that's the sweetest reward ever :)



*Ok, today is the last day of cuti slps 18 hari membanting tulang tanpa henti mencari sesuap nasi. Jadi, utk para bantal-bantal sekalian, siap sedia lah kau kerana aku ku benamkan muka piramid ini diatas dada empukmu dan bakal ku tambah peta dunia yg sedia ada.

5 comments:

Im KD mohamed said...

hahaha... entry bekap.. canggihhhhh...

Georgie J said...

hahaha.aku juga sama.now pemikiran suda ter'sangat' tetttt!

*tetttt=kompeni kita!

Darrr said...

KD: kau jangan nak 'entri bekapp sgt la eh' saitang. haha

Jojiwa: tettttttttt! setuju!

Im KD mohamed said...

apa pon, marilah menuju kejayaan!!

alyrds said...

hoho~....terbang betui!

Post a Comment