April 30, 2010

MARI BELAJAR BHS INDONESIA


Cik X: darr
Cik X: aku mau tanya ni
Cik X: kenapa setiap aku liat rumah sakit untu ibu melahirkan..
Cik X: RUMAH SAKIT UNTUK MELAHIRKAN
Cik X: itu disana bacaanya tak sama di indon
Cik X: disana apa
Darrr: WAD BERSALIN saja.
Darrr: dan liat di sini adalah kenyal
Cik X: oya?
Darrr: liat khinzir itu (kenyal khinzir itu) nice :|
______________________________
Cik X: waktu aku disana
Cik X: aku mau ke toilet
Cik X: itu ada bacaan TANDAS
Cik X: hehhehe
Cik X: apa itu?
Darrr: TOILET lah
Cik X: kalau di sini toilet itu WC umum atau toilet aja
______________________________
Darrr: aku pernah ketawa
Darrr: kerna kwn aku bilang dia baca koran pagi2
Darrr: di sini koran itu surat khabar
Darrr: quran itu ya quran
Darrr: tapi bunyinya koran
Darrr: aku pikir kwn aku ini alim
Darrr: baca quran tiap pagi
Darrr: rupanya surat khabar
Cik X: hahahhha
Cik X: koran
Cik X: bukan quran
Darrr: ya sebutannya lebih kurang kan
Darrr: jika di sebut laju2
_______________________________
Cik X: nah
Cik X: LAJU itu apa
Darrr: laju itu aaa, fast
Cik X: kalau di indon
Cik X: LAJU itu
Cik X: kendaraan yg JALAN TERUS
Cik X: dan cepat
_______________________________
Cik X: nah
Cik X: kalau AWAK apa itu
Darrr: Awak itu kamu
Cik X: ooo
Cik X: kalau di indon AWAK itu badan
Cik X:karna di indon, pny bahsa sunda dan jawa
Cik X: itu bahsa sunda nya
Cik X: badan
Cik X: awak itu
Darrr: Awak pny awak mcm kodok :| ... anehnya
________________________________
Cik X: aku juga binggung ni
Cik X: teh tarik itu apa
Cik X: kalau di indon
Cik X: teh doank ga perlu tarik segala
Darrr: Ya ya
Darrr: Tapi sini ada sirap bandung, sana ada sirap kuala lumpur?
_________________________________
Cik X: kalau di indon
Cik X: cawan itu manusia yg takut
Darrr: muka cawan ( muka takut) hahaha
_________________________________
Cik X: dan disana aku binggung
Cik X: Ada kopi gajah
Cik X: teh kosong
Cik X: air kosong
Cik X: mana bisa minum
Cik X: kalau tak ada air
Cik X: karna kosong
Darr: Org malaysia mmg mcm ni. unik. hehe
_________________________________




Benar,
Gaya bahasa berbeza itu kadang-kadang menyesakkan
tapi apa pun, mbak inul bisa goyang terusss
haha

April 28, 2010

NO MORE |||


M 111




GOOD BYE BAIDURI
:( / :) = :|
no sense

April 25, 2010

FEELING BETTER


'weh, esok jom jumpak along. Concorde, 10 pg. Dia baru call' -kirin

Nice. semak pala berkurangan.
rs better byk bila boleh jumpa n sembang dgn darah daging sendiri.

'Da, along jog 3 batu la kt gym tadi weh'
reaction aku?

hahahaha

while waiting... :>
hehe standet~

Erk, pahal aku nampak gemok? :|

meet up tak smpai 2 jam, coz they've to attend wed :(
whtever it is, im having a great time n thanks 4 the shirt sis
ailebiuuuu gais :)


April 23, 2010

REZEKI LU LA BEB


Memang gua emosi sekarang dan itu yg sepatutnya pun.
Susah gua nak show off kt org kalau gua emosi tp minggu ni mmg obvious.
Sbb obvious tu la gua hentak org semalam.

Kena la dengan muka si bongok tu. Bila bangsa dah tak makan warning ni asyik dok menggentel straw kt telinga gua. Lepas gua dh warning namploh kali. memang meminta la jack..
Mcm la lu tak dgr gua dh mcm berzikir dah sebelum tu. berbuih gua dok jangan babe. jangan . jangan . jgn jgn jgn tak berenti. nakkkkkk jugak cocok straw kt kepala gua, uli-uli straw kt muka gua, last2, jangan ke mana apa ke mana.

Rezeki lu la beb. Lu nk ckp Qada' Qadar pun boleh. Otak gua ni mereng sekarang, yg lu isi masa lapang dok test mereng gua pahal, mmg mendapat la. jantan apa jantan, kisah apa gua. nasib baik gua hentak mini ja. kalau gua sedekah lu buku lali, sulam plk dgn penerajang. maunya jd pawerangers gua smlm. Dgn terkedek-kedek mcm cacing pita. Dah mcm hot wheels ja gua nampak lu. Rasa nak penyekkk ja dgn tumit.

Lu sembang nak suruh gua chill. Kepala Bapak lu chill! Gua dah duduk diam2 mcm org nak mati laki, lu nak suruh gua gelak mengilai mcm pompuan meroyan, tak dpt la john. Lu buta kayu ka apa? gua yg dh macam sakai sekarang dgn rambut mengerbang , baju menggelebeh. Busuk satu hal. Lagi lu nak buat hal. Ini sama la konsep mcm lu order mat rempit suruh willie depan chiaa. Berbesar hati. Dan gua jgk dgn hati yg berbunga hentak lu. Haa kali tu, sakit dapat malu pun dapat. Kombo gua kasi lu. Kenyang la dengan lu pny chill. Satu hal lagi, kalau lu tak puas hati, lu dtg rumah gua. Nk repeat ka anjing apa pun, kasi dtg dulu. Nak dtg, dtg sekarang, sbb ini bulan, last gua stay saharam.

* Rasa mcm nak ketuk paku kt btg mop gua japg.
Papahal, pipi lu gebu mcm pungkoq baby~
Gila mcm kueh pau.
HAHA!


'The old me' dah mai slow2 dah~

April 19, 2010

LOST


These few days,
I am missing the old me . badly


Sadly i can't turn back time
How i wish i can be tough enough
Unfortunately i cant
Counting this fucking HELL to be end is killing me
It kills me
...

April 10, 2010

INSTRUEMETAL




BEASTFEST2010
4 April 2010
. One Kafirrr, Kuala Lampur


Blind Tribe

Elegy

Farasu


Sick Society

April 8, 2010

JERIT BILA SAKIT



Suka aku nak cakap yang 'manusia hanya celik bila benda terhidang depan mata'. Setuju?Celik sini bersangkut dgn apa saja benda yang melibatkan perasaan. Kita kadang terpanggil untuk memuntahkan sesuatu yang kita rasa salah atau benar hanya pada ketika kesedaran kita tercuit. Acuan untuk luahan boleh disalur melalui komentar, maklumbalas. pandangan bla bla bla...

Berbelit? Mcm ni, sedar atau tidak, kita manusia cuma akan mengintepretasikan rasa apabila kita membaca sesuatu mengenai sesuatu. Contohnya bila baca pasal peperangan. Yang segala macam penderitaan di muatkan dr mula hingga akhir perenggan untuk memburu reaksi pembaca. Gambar tragis dihampar untuk tatapan.So masa tu kita akan lampiaskan rasa perikemanusiaan jadah semua tu.

Senang ckp, kalau kita makan, bila perot penuh,...kenyang. Rasa kenyang tu akan lanjut utk bebrapa jam lepas kita menyumbat. Then lapar balik. Then makan. So, reaksi yg sama boleh nampak dalam penulisan. Apa jua genre. Bezanya, mungkin kita 'kumbah' apa benda yg telah kita makan utk rs lapar kembali, cuma dgn pembacaan MUNGKIN kita akan simpan benda yg penah kita isi dalam otak . Benda ni akan berulang. Antara kita mungkin wujud manusia yg oppsite dgn apa yg aku hurai ni. Yg mana perasaan tu meleret digalas sampai ke tua. Umumnya, behavioural pattern mcm ni yg obvious sejak dari sebelum masihi pun. Penulis berjaya. Impak drp karya mereka terbentuk. Tapi kita, yang perasaan belas kasihan wujud cuma pada ketika membaca.

Selepas 3 hari, kita mungkin akan berbual dengan kwn2 mengenai isu tersebut dan sedaya upaya utk mengekspresikan perasaan tu.Apa kesannya selepas seminggu? Yang tinggal hanyalah perasaan belas kasihan yang diterlindung disalut dek lemak-lemak badan. Sadis.

April 1, 2010

JELEK.



Boleh nampak merata-rata
Semalam aku ada nampak
Kemarin pun sama

Kalau tak boleh nampak pun, boleh tau
Semalam jugak la aku ada tau
Kemarin pun sama

Kalau tak boleh tau pun, boleh rasa
Semalam sekali lagi aku ada rasa
Kemarin pun sama

Hina
Agung benda bukan hak
Julang benda tak kekal

__________________________________








Silakan BANGGA DIRI.


March 28, 2010

SUCKJECTIVE!


What are u struggling for?
Examinations?
Its complicated to categorize. Real suck! Tekanan melampau kiri kanan.
Malaysia ni mcm-mcm. Nth apa fungsi nth exam belambak-lambak ni. PTS, UPSR, PMR, SPM, STPM. Peh~
Benda ni dibentuk hasil dr pemikiran ahli bijak-bajet-pandai la. Tapi jadahnya kalau tak wajar.
The biggest failure boleh nmpak after PMR. Kesinambungan hidup ditetapkan. Options: samada Sains Tulen, Akaun atau Sastera. Oleh sbb aku disekolahkan di sekolah yg KONONnya skolah premier di Alor Setar. So, just 3 benda ni ja yg terhidang. Kalau nak ckp pasai sekolah vokasional atau teknik. Mungkin ada beberapa cabang lain. Selalunya, bila result PMR gempak. 5A above, nak taknak kita akan ambik sains tulen. Konon utk yg bajet intelligent. Dah mcm aliran wajib even student tu tak minat. End up, rekod sekolah merudum. Percentage in certain subjects decreased. Why? Apa yg mereka tau, dlm assembly, jerit sana sini nonstop suruh naikkan nama skolah. Abis minat budak-budak? Disetan-setankan.

Bapak aku used to be in ATM. Discipline was the major policies. Bukan nak cita sejarah skolah atau result aku hebat jadah tu semua. Apa yg aku nak ckp pasal MINAT.
Mula pijak tadika, aku takleh keluar main sebelum pukul 5 even keja skolah dah siap pukul 3. So fasa pertama boleh dikatakan ok : UPSR 5A. Then jejak form 1, aku dibaling jauh dr family. Kena berdikari. Lanjut ke form 1 - 3, benda basic yg diajar. Passed! PMR : 8A 1B since aku ambik arab, so B for Arab. Kat sini, Dah boleh jangka. Sbb desakan anasir2, aku ambik sains tulen yg pada hakikatnya aku, demi tuhan aku sgt la tak minat.
Biologi, Fizik, Kimia, Add Math and EST (English for Science & Technology) : 5 major subject added apart from core subjects. Aku budak hostel, Aku bdk yg tak MINAT sains. Apa bodo nth: Bedah- bedah katak, Kopek bawang, Scan lipas, Rebus Cuka.Tenung matahari. Haih~ Harus la bengap. Bila tak suka,mula la buat hal. Rebel la konon. Kelas subjek sains mcm tak wujud. Apa aku buat? Pegi lepak bilik seni. Tlg junior2 buat mural. Aku suka lukis walaupun aku tak terer. Aku suka seni. Ya, maybe aku tak into sgt. Tp aku minat. Walaupun tu minat aku, bila bapak tak suka. Kena tunduk . Dia yg bg duet skolah. So, surrender. Kecewa mmg kecewa. Smpai sekarang. Tp benda libat bapak sendiri. Tadak apa yg mampu selain terpaksa telan kecewa.

Ironiknya, aku tak tau apa yg aku minat. Yg terserlah, sains bukan kudapan aku la. Seriously, aku tak belajar. Sbb not interested at all! Result SPM keluar. Mmg tak memberansangkan. Cukup utk apply IPT. Even takdak yg fail tapi family kecewa, aku tau. Maybe it sounds selfish but I dont care. Borang IPT keluar. Wajib penuhkan. Aku isi sambil lewa. Rs mcm tgn aku ni seni, so 1st choice, AD (Art & Design). Bila Masscom yg aku letak sbd choice ke-6 jadi realiti. Apa aku rasa? Sekali lagi, Kecewa. Sedih kot. End up, tercampak dlm lambakan masscom students jugak. Diploma selesai. Teraba-raba aku nak sambung deg atau tak. Family dah makin tenang. Haji Mansor pun. No more pressure. Act more like a friend than a father. Kalau la dulu bapak aku mcm ni. herm~ Aku pejam. Dadukan nasib. Today, Im taking Journalism. Yg sometimes aku rs aku terpaksa lansungkan kesilapan yg dah aku buat dalam hidup. Yeap, crawl with the flow. To be honest,at some point : For God sake, i dont want to be what i am today. Sincerely express my regretful. But i knew, God wrote this for some reason. Since aku di tekan utk menulis,menulis and menulis tiap hari. Aku terpikir, mungkin dgn meluah apa aku rs melalui penulisan, kecewa aku boleh menipis. Kalau itu boleh ubah nasib manusia yg bakal pny kecewa yg sama mcm aku rasa hari ni. Its pleasure to do it. Dan sejak pada tu, aku mula suka apa yg aku hadap sekarang. Bukan isu ni sj yg sedarkan aku, ada berduyun lg benda corrupted terok dlm hidup kita ni. Especially related to society cultural development. But first thing first, aku kena aim tepat kat society's minded dulu. Then baru boleh move ke level lebih tinggi.
To see a little changes, U must face a fucking huge possibility.

March 27, 2010

FRINGE-RISM


D.I.Y
Similarity
Is what Brotherhood all about

__________________________________________________________





Kalau mcm ni pny nice.
Dia ajak kawen pun gua on!
Lesbian pun lesbian lah.
I Love you.

March 24, 2010

SEUTAS LIDI YG SOMBONG



Hari ini bunyi lagi.
Haritu dah menyalak.
Ya, betul la tu. Mmg ciri-ciri aku la semua tu.
Aku la sombong. Kerek. Bajet. Anti sosial. Ya lah. Tapi,
Ada kerek aku ni efek duit poket org?
Hidup aku, skolah - bilik.

Sembang pasal skolah. Muak.
Joyah sini sana. I'm a passive mate kalau benda related dgn skolah.
Aku takkan tegur selain budak kelas aku. Junior? Kiamat la aku nak tersengeh bagai.
Ntah apa ntah, dtg skolah bersiap mcm nak pegi sauk award. Tu belum yg dua alam lagi. Dress up nak inspired by ja.Baju ketat mcm sarung nangka. Dah la perot beropol, dagu plak kelabu-hijau tempek bedak banyak2. Anjing! Cmtu aku nak tegur? Itu junior sequence sendiri tu. Tambah la kalau budak sequence lain. Mmg tak la. Konon style, trendy. Nak pulak advertising. Bajet creative. Keja tak hebat mana. Confident ja lebih.

Aku tak penah nak ambik tau kisah cinta fotokopi set-set razak mohaideen ni kt skolah. Nama lecturer pun tak habis ingt, ada masa pulak aku hadap benda bodoh ni. Itu pun jadi masalah kalau org tny aku tak leh nak jwb sapa bf dia tu, sapa gf dia ni. Dahhh kena label koro.Tak up to date. Tak cukup journ. Tak masscom.
Lancauu tak masscom! Cuba sembang pasal ..... Aaaa, Model Ekonomi Baru, contoh la.
Ada kulat-kulat ni ambik tau? Subsidi nak kena mansuh, tau?

Itu baru hal kwn, even senior pun banned aku sbb tak penah pegi meeting club. Abis, dah lame. Nak pulak aku buang masa tenung diva-diva penipulara tu mencarut. Mat-mat ICT? takyah ckp la. siap mintak tlg org suruh soundkan aku jgn kerek sgt. Haha. Pahal? Sbb aku tak jadi ikan keli meliuk-liuk time nak mintak kunci lab. Sbb aku tak lyn sapaan gerimis abg-abg kumis?
Pegi la mampos!

Aku mmg mcm ni. Apa yg masalahnya kalau aku tak byk kwn dgn budak skolah? Apa yg susahnya kalau majoriti kwn-kwn aku outsiders? Apa yg konservatifnya kalau aku tak lyn lagu techno? Apa yg nak dianjingkan kalau aku lansung takda nafsu kalau tgk justin timberlake bukak baju? Sbb aku tak penah ada koleksi Ex bf budak skolah, then aku dilabel kerek?
Halamakkkk. Susah la.
Event fakulti? Harapan la aku nak join, Unless benda tu compulsory enough smpai boleh bg aku tak grad. Then baru aku join, tu pun pegi sement utk sua muka. Mmg aku tak suka environment skolah. Tak suka! Tak suka! Tak suka! Dgn cikgu pny palaotak, dgn org keliling pny perangai. Cukup la.
Environment skolah = Facebook.
Tu sbb fesbuk aku tahan 2 bulan ja. Rimas! Its all about DRAMA.
Tiap kali click, mula la terhuyung-hayang sampah-sampah ni menggayut pandangan.
Mental abused: Distortion! Seriously Its suck to death!


So, silent treatment is the best lesson.
What a nice statement. Hehe.
Tambah pulak, bila lesson tu membuahkan hasil.
Tak kisahlah lama mana aku nak kena tunggu.
I did try once.Walaupun makan 2 tahun. Its working.
So how bout make this as number two?:E

March 22, 2010

DUNIA KONTEMPORARI MUDA


Pagi tadi, bicara kosong berlagu di satu sudut kedai mamak. Sambil menghirup kopi panas kami berbual.Aku toleh kanan. Meja situ ada satu keluarga. Bahagia barangkali. Pakaian mcm baru balik joging.

Si bapa tekun membelek telefon, si ibu sibuk memecah telur rebus separa masak. Si anak, dalam lingkungan 10 tahun, khusyuk membaca suratkahabar. Membaca itu bagus. Tapi apa yang menarik aku utk menulis adalah bahan bacaannya. Bukan buku motivasi , ianya senaskah suratkhabar tabloid yang pembacanya mencecah jutaan angka hari ini, ‘Harian Metro’.Terdetik hati, keadaan bagaimana generasi ini nanti apabila minda mula dibentuk dengan bahan bacaan sebegini sejak kecil. A. Kadir Jasin ada menyifatkan bahan bacaan ini sebagai ‘Dunia Kontemporari Muda’. Jelas relevannya.

Pendapat aku, Dunia Kontemporari Muda disalut oleh penulis baru dengan idealisme baru melalui mekanisme baru, menghidangkan masyarakat dengan alunan cerita yang dramatik. Dimana inputnya? Di mana pemangkinnya? Di mana letaknya tanggungjawab mereka? Selain mengagung keuntungan tanpa memandang tahap pemikiran bangsa. Laungan angin kosong kuat menyeru rakyat itu ini, hatta mereka hidup kaya raya, kedudukan rakyat apa yang lebihnya?

Sejak 2003, mereka resah keuntungan merosot. Mereka gelisah kerana semuanya dilarikan oleh Harian Metro. Ada mereka kesah suapan minda rakyat?. Mungkin 10 tahun dulu aku dipaksa membaca benda yg aku tak suka.Buku sekolah yg helaian mukasuratnya dah kembang. Tapi aku bersyukur kerana tika itu belum kencang revolusi yang namanya Harian Metro seperti hari ini. Ayah tak hidangkan aku dengan suratkhabar Utusan yang dia baca, Ayah juga tak belikan aku News Strait Times tiap hari. Cuma dia sekolahkan aku untuk jadikan aku lebih tahu menilai dan berfikir.

Malaysia sekarang jauh jaraknya jika hendak dibandingkan dengan Malaysia 50 thn dulu. Itu pasti. Lebih pasti, jurang ini boleh disama ertikan dengan jurang kemiskinan di antara orang kaya dan rakyat miskin yang ada pada hari ini, dimana lebih luas jaraknya berbanding sebelum DEB (Dasar Ekonomi Baru) dilaksanakan. Salahnya dimana? Masalah rakyat di desa dan kampung, siapa yang peduli? Apa yang mereka tahu, menghamburkan berita sensasi mengkhayalkan rakyat lalu selimut pekung sendiri. Hak rakyat dipinggir tanpa sedar. Bagi mereka yang leka, terus enak melayan tiupan angin yang datang dari tempat pelupusan sampah yang berlindung sebalik tembok tinggi.

Kembali ke 1957, Malaysia cemerlang lebih dari Korea. Itu pun hasil saki baki superstruktur yang ditinggalkan oleh British. Tapi hari ini? Korea adalah negara industri yang hebat di dunia, monopoli apa saja industri. Ya, mereka homogin. Pentingkan nasib bangsa sendiri. Kita?...
Aku bicara hal Dunia Kotemporari Muda ini bukan hanya satu. Ribuan lagi lambakan pil khayal’ ini dilelong murah kepada rakyat. Kita yang celik ini bukannya buta. Sedar . Cuma apa yang mampu kita lakukan selain melihat selama mana pil-pil ini mampu bernafas. Ingat, kita punya kuasa. Perlakuan kita adalah nadi mereka.
Bergantung atas kita sepenuhnya.