November 23, 2010

SUJUD TANPA RAKAAT.


eh you, - kata jejaka kpd aweknya:
boleh ikatkan tali kasut i? -ok
boleh sinting seluar i? -ok
boleh buangkan chewing gum yg letak kt tapak kasut i? -ok
boleh kelepetkan stokin i? -ok
boleh kiwi kan kasut i? -ok
boleh tukar plaster kudis kat tumit i? -ok
boleh lapkan sikit kotor kat buku lali i? -ok
boleh ketipkan kuku kaki i? -ok
boleh betulkan jaluran bulu roma kt ibu jari kaki i? -ok

eh you, - kata si awek kpd jejakanya:
boleh i buang kutu babi kt atas kepala u? -nope
boleh i ikatkan kan rambut bercabang u? -nope
boleh i tekan kepala u? -nope

'mendongak itu bagus utk jejaka. tp bukan untuk wanita'
Apa yg aku rs, adanya segelintir lelaki yg hny mahukan si awek utk terus sujud tanpa rakaat adalah perlambangan kepada kemegahan dan kuasa monopoli. Diharamkan si dara utk mendongak supaya tak mahu para tak-guna disekeliling berlaga telinga lalu membisik hina kedayusan si jejaka. Mungkinlah diari si kulup ditulis teori kalkulus bhw, yg namanya perempuan itu harus TUNDUK mengikut telunjuk dan jangan melebih kerana aku-si 'lelaki' adalah segalanya.
*PTUIH!
Tapi bila dh sedap sental perasaan awek dgn ayat pemanis jagung sekalipun, Pada ketika awek yg meliuk-liuk mcm ikan keli tadi sedar yg dia dh hidap penyakit tulang belakang akibat semakin bongkok. Pasti lah dia pun lari meninggalkan si bongok.

:)

November 20, 2010

APA KAU KESAH?


Aduh teman, sadar dong!
Since i'm smelling annoying flavour from a melting shittalk these few days.
This simple annoying poem has came out.


hey kau walau bukan pengakap~
marilah kita cakap dan cakap~
cakap terus cakap~
cakap dengan cekap~
mulut diberi utk bercakap~
org lain tak kisah kalau kita cakap~
sbb mereka pun sdg cakap~
walaupun kdg mcm celaka~
bercakap bukan mencapap~


November 13, 2010

THE AUWSOME REVIEW


Nov 13, 2010

Balik ke kampung.
First day, di dinihari yg nyaman setelah aku puas menyagat rasamalu di tar akibat di gelakkan bapak karana muet aku salah tarikh, Fader bwk lepak dkt warung geng dia area kaki gunung jerai.
Byk sembang psl politik kt Kedah. Dr isu banjir, smpai la kes MB tok ayah azizan bebai marah2 wartawan.
Walaupun aku sorang ja perempuan, muda, taff dan tak pny pengalaman lansung.
Tp apa aku ckp, veteran2 ni pay attention. Menyulam pendapat tanpa ada pandangan utk underestimate before aku bukak mulut. Nice.
Lain feedback kalau sembang dgn org muda cocok2 langit atau geng hangguk2, susah nak sembang sirius.


Dan, masa tgh selak2 roti canai yg dah lemau.
Aku nampak longgokkan paper Metro kt table sebelah. Aku dgn Metro ni mmg ada krisis sikit. Ok, shadap.
Jadi, dgn lelapis paper yg ada, aku assume mesti lah tokey kedai yg beli, takkan la rantaian kera kt kaki gunung tu usung nth dari mana plk kan. So sbb aku curious dan ber-narrow minded terhadap paper ni, aku tny tepet kt kwn tuan empunya warung. Ya lah, cara approach pastilah berbeza kalau nak berkomunikasi dlm peringkat umur yg tak sama.
Takkan lah aku nak sembur terus kt muka dia laju2 dan hurai pendapat aku pasal kekoro-an paper tu.
Jadi aku tny secara berlapik, best ka paper tu?
Dia ckp ok la, paper tu 'merangkumi' semua 'aspek dan isu' yg ada kt luar bandar.
Gila lah tindak balas dia menggunakan bhs melayu berunsur ayat-ayat anjakan paradigma. Mungkin dia anggap aku yg konon2 wartawan bajet ni tak paham kalau ckp melayu biasa, so dia tekan otak dia untuk construct ayat cemerlang. Dan aku dgn konfiden sekali nak bet , yg dia mesti tak tau bhw aku sebenarnya jadi auto bongok dan terpempan bila dgq huraian dia. Apa dia ingt, aku staff dewan bhs pustaka apa yg nak kena sembang bhs ketuanan melayu terok2? haish. Ok setel bab tu.
Aku tak kasi feedback, mungkin baru hari first, tak maneh nak argue. Menggigil ja mulut aku nak menjawab. Takpa, tunggu la seminggu lagi, bg kenal hati dan perasaan dulu, baru aku tiau balik.


Time otw balik. Aku tny bapak, si pengetua kedai ketuanan melayu tadi tu umur berapa. Bapak ckp umur dia, almost 70 atau lebih. Terkesima jgk semenet. Ya lah, agak susah nak cr manusia kertua yg living in a rural area, masih ada intention nk tau hal sekeliling. Dan bila aku terpikir deep lagi sikit, walaupun dgn membeli RANGKUMAN paper apart from hny hadap berita mainstream kt tivi. Pengetua tadi aku rasa mampu dilebel Autrageous dan Auwsome.
Sbb? dia adalah salah seorang penyumbang kpd peratusan warganegara Malingsia yg berkebolehan membaca.
Jauh lebih baik dari peratusan warganegara Indonesial yg buta huruf iaitu sebanyak... 48 %. Hampir separuh penduduk warga yg kononnya serumpun ni berbuta huruf. Kesian kan. So sila bersyukur dgn sistem pendidikan yg ada wlwpun tak sehebat mana. Takyah nak menyalak tak ketahuan hala.


Utk Pakcik warung, kontiniu gerebing the RANGKUMAN PAPER pakcik. I dont mind anymore.
Pfftt~

November 9, 2010

SEKEPING PIRING


Biodata nipis beliau: Syakirin Mansor @ Sapiring

Cadangan: Adalah bagus juga sekiranya sekeping piring ini dibiarkan tanpa ada pasangan seketika. Lantak la, mmg aku selfish pun.

Musabab: Jadi hidup aku tak la bosan dgn menerima kujungan dia dan kekutunya wlwpun pd waktu tak diundang.

Ayat Sokongan: Aku rs kalau org lain, hati pun boleh nipis kalau selalu dok kena kikis dgn ayat pedih. Tapi bukan abg saya. That is why, ailevmaibeladberader.

Ucapan: Trima Kasih Tuhan.


*layankan ja kepala mereng pirin yg suka bermonolong luaran*


Oh, dan si piring juga ada bg aku satu teka teki berbunyi:
Sos apa yg terbakar?
......... (dpt?)
jawapan : 'SOSilawati'

cemerlang kan teka teki ni?
sedikit pun TAK rs mcm dibabikan okay.



November 8, 2010

BERADAB


Kwn penah ckp, adab kita terbaik. Kalau nak compare dgn benua2 lain dlm dunia ni. Segala tatasusilawati semua kita jaga. Itu adab melayu yg dia maksudkan. Tapi aku ckp, maaf. aku tak setuju. Kerna aku tak rs adab melayu paling terbaik. Observe and Adapt. Mungkin tak setuju aku, dh melambangkan aku tak beradab kerna aku perlu ckp lebih berlapik utk argue or say no towards something. Mmg memualkan. Tp itu realiti yg masih diangguk smpai harini.
Aku tny kwn, apa huraian yg akan mengukuhkan kata2 dia? Dijawab, keadaan sini tekawal. Soalan seterusnya dimati. Aku tau apa seterusnya akan diucap, bakal aku bantah. Aku tak salahkan pandangan dia. Environment sekeliling membentuk pemikiran , itu jelas. Dan ya, dia mmg baik. Manusia yg terkawal. Aku tak tau nak kategorikan manusia beradab. Mungkin terlalu narrow, dan kalau perlu ckp ya, itu utk dia.
Tapi aku, lebih suka cakap untuk kapasiti yg besar. Mewakili semua adab dan budaya dunia jika aku mampu. Ckp psl adab, bagi aku, adab dibentuk untuk menjadi paksi halatuju dan cara hidup yg lebih dierti. Dierti dan Bererti. Tak sama.
Adab mmg lah berkait rapat dengan agama, tapi tak semua. Wujudnya adab yg terang lagi di jaja dan adab yg sembunyi berbisik. Pada aku, adab sembunyi sama seperti apa yg dihidang di negara yang kononnya pesat membangun. Hakikatnya, aku ambil contoh Singapura. Ya, mrk mmg membangun.
Kerana mrk mengamalkan adab yg sangat tertib dan halus. Tapi adab mereka beragenda. Mereka mmg beradab, tak pernah memaksa anak-anak bangsa mengikut acuan yang muak untuk diterima. Mereka dilihat fleksibel, para manusia yg sangat membenci negara sendiri akan melihat Singapura penuh kemahuan kerana ia dibentang dengan segala modul yg diatur untuk anak bangsa. Tapi sedarkah mereka, dimana akan wujud satu ketika, adab ini akan diolah menjadi satu peristiwa yg bakal menindas segala.
Melalaknya para manusia tanpa sedar ini cukup memberi mereka semangat untuk terus melumpuhkan apa yg cuba difakta. Mereka menabur wang kepada manusia walau bukan bangsa sendiri tanpa mengharapkan apa-apa. Mereka membuka pintu warganegara kepada si manusia lupa dan merasa diri cukup berjaya. Mereka terus menaburkan harta mengkaburkan manusia tanpa kira agama, hanya utk menyedut tenaga manusia.
Dan pada ketika waktu sedar mula terbuka, apa guna adab? dimana ditinggalkan budaya?. Bagi aku, itulah adab beragenda. Aku bukannya menyumpah Singapura, cuma dalam sesetengah perkara, aku rasa aku PERLU LEBIH TERBUKA.
Pastilah Singapura bukan contoh yg tepat untuk menggambarkan adabbudaya. Tp disitu lah akarnya. Dan akar itu menjalar dan mencangkuk keseluruh tubuh manusia.
__________________________________________________

Dan janganlah adab didefinisi mengikut peradaban dunia.

October 26, 2010

MEMUALKAN!

Manusia ni, bila bermadah puisi sangat pun tak guna.
Untuk apa?
Kalau masih tak tau beza antara AKAL dan RASA.

BICARA BERLANDASKAN AKAL - RASA MENGHAMBAKAN KATA
Dua keadaan yang TAK AKAN pernah berada pada darjat yg sama.
Walau dimanipulasi sehebat manapun...
Antara binasa dan penghormatan, akan wujud antaranya.

Dan, silakan terasa untuk bahagian anda.

October 22, 2010

KOLOT.


I rather nod to the lame topic of sociology and culture as compared to Gucci and whatsoever.

Yes, i am a boring typical- cliche girl. What do u expect... i was born and growing in a rural area with people who really close to each other. small town with just a thin capacity of egoistic people.


(Yan, Kedah)
..........................................................................................

Kwn-kwn byk confuse dgn aku pny interest. Bukan sexual interest. Tapi apa yg aku lebih minat utk bersembang serius. Ya, aku seorang yg unpredictable, ask my friends and let them tell the truth. Minda agak sukar dibaca. Aku mengaku. Wlwpun aneh, aku percaya, conservative thinking aku akan tetap berlarutan. Aku suka mcm ni. Mungkinlah aku seorang yg memualkan, bercakap perihal yg aku belum arif. Sebab tu lah aku lebih suka observe. Observation dah mcm bersetubuh erat dengan aku.

(Somewhere in Kota Kuala Muda, Kedah)

Kampung dan Bandar. Dua sosio-budaya yg berbeza. Adaptasi masyarakat lansung tak sama. Namun, akar induknya masih sama. Bandar, sebelum apa adanya di situ, bermula dari semak bunga lalang atau lombong yg berlekuk tanahnya. Kampung tetap kampung, cuma yg membeza tarafnya adalah landskap dan dimana kita letakkan standardnya.

(Kg Gagu, Jelebu, Negeri Sembilan)

Dan manusia, tetap manusia. Walau secacat atau se-gah apa pun dia, tetap manusia. Kita manusia, dia juga manusia. Jgn terlalu agungkan manusia lain kalau kita tak pernah menjulang kemandirian sendiri. Bukan bermegah, cuma kita akan lebih tahu cara membeza lansung mengenal manusia.

"Cantik atau tak perempuan itu bukan terletak pada paras rupa. Itu hanya konotasi mata pada impresi pertama. Perilaku akan membentuk fakta untuk kukuhkan bicara," - Shuhada Mansor

October 21, 2010

KEHILANGAN

Hello Thursday,
i lost my phone on 21102010.
feeling calm. mean its good aite? :)
trima kasih tuhan.

tadak maki2 lagi dah.
means aku dh mumaiyiz.
wohooooo~


October 6, 2010

KEMASKINI YG TAK KEMAS

Kemaskini aku, Kemaske-ni?

Kehidupan.
Flow masih sama. Sibuk. Dah tak macam zaman joyah meronggeng dulu. Rutin makin sendat. Tapi aku suka. Takyah sibuk nak hadap masalah orang. Kuku sendiri pun dah mcm langsuyr, ada masa plk aku nak menjariahkan telinga utk benda lain. Fon pun dh jarang bunyi. Tima kasih kwn2 bermusim :)

Orang Sekeliling.
Kawan-kawan dah lama diam. Berkurang. Kawan kepit, rapat, baik atau tak, dah jadi samarata. Sedang meraba-raba hidup sendiri barangkali. Takpa :) . Aku seorang yg memahami. Ya lah, kawan ni pun boleh dikategorikan mcm iklim. Panas dan lembab sepanjang tahun. Tp skali skala ada la jgk tsunami dtg jerkah tiba-tiba.

Kerjaya (Bajet la).
Jgn tak tau, aku still pangkah2 kt kalender, counting days bila nak habes... Makin senang dengan kerja menaip ni. Tima Kasih Tuhan :)



Sisihkan sisipan - Masa zaman kepala bau panas main lalang dlm era thn 90-an, aku selalu kumpul penanda buku ada muka karekter kartun 'blues utk aku'. Lelaki berambut gulung dgn dagu yg petak. Bila weken, aku akan pegi kedai buku dgn bapak. Kami mmg geng. Tapi bila waktu memaksa utk betray, aku terpaksa. Selalunya time nak bayar buku, aku akan selit penanda tu bwh buku atas kaunter casher. Bila kantoi, Aji mansor akan tgk aku dan pastinya aku akan sengeh mcm kepah dihentak cengkerangnya. Antara ratusan ketas nipis yg aku collect, paling aku ingt, phrase ni,
Semalam... kenangan
Hari ini... kenyataan
Esok... impian
Segalanya bermula dari kita.

Tapi harini aku rs mcm nak tambah sikit memandangkan faktor sosiologi manusia sekarang dah byk berubah,
Yalah, mmg bermula dari kita. tp benda bergantung kepada jenis 'kita' tu sendiri.
Ingat, semelayu manapun melayunya melayu itu, melayu mudah layu.
*eh jap, aku pun Melayu? daym!

September 21, 2010

TERIMALAH KINCIT SEADANYA



ini semua bawal pawerr pny hal.
mungkin juga nasik goreng malatop dgn air i love u yg aku patuk kat murni semalam.
berenang la kau ikan dgn penuh lev lev dlm perot aku.
______________________________________________________________

Balik lunch dgn si gemok, baring atas tilam yg hemsem smbil online.
nak terberak. tp best kalau tahan sikit-sikit.
tukar posisi, bertinggung sebelah katil.
kedudukan bahaya ni. takmau ambik risiko.
Aku duduk terus smbil layan gwli geli geli.
ok angin nak keluar, kena push ikot mulut ni.
aku kembongkan mulut kiri kanan smbil cocok perut dgn kadar tekanan mampu ditanggung.
tiba-tiba,

ppprreetttt~

ok fine
salah corong :|
selain mulut, corong apa lagi yg mampu keluarkan angin dlm badan.
erghh! mesti berbuih ni!
aku tak marah kitaran alam, cuma yg aku marah... hmmm.
ini bukan kincir angin, atau kincir air.
ini kincit tau.
kincit!

perasaan aku waktu itu?
anda tentukan.

September 2, 2010

MANA SATU PILIHAN HATI?


Ramli dan Rahim duduk dalam satu kawasan perumahan dan rasmi mereka selalu berjumpa bersembang di kedai mamak teh tarik dalam kawasan mereka. Tajuk sembang mereka malam ini adalah parti mana yang akan dipilih.

Ramli: Dah dua tahun PKR mentadbir Selangor dan PR di negeri-negeri lain. Tiga perkara aku tengok berlaku. Alasan salahkan orang, ambil kredit dari usaha orang, dan huru harakan negeri. Aku menyesal betul pilih PKR.

Rahim: Aku tak tahulah kau pasal aku tak undi PKR. Rasa aku masalahnya adalah Khalid. Dia ingat mentang2 dia berjaya main politik dalam PNB sampai naik dan dapat jadi CEO, senang jadi MB. Dalam PNB yang main politik dia seorang. Dalam parti politik, semua main politik. Baru buku temu ruas.

Ramli: Masaalah kita ni adalah kepimpinan dalam UMNO. Mereka ini lambat respons dan berubah. Yang rasuah tu tak didakwa dan hukum. Aku kasi PKR masa last election untuk kasi mesej pada UMNO suruh berubah.

Rahim: Alah ... kau ni bukan tak tahu. UMNO ni kan macam perempuan tua yang masih jalang. Dah susah nak berubah. Tak sedar diri dah tua. Masih nak nakal-nakal.

Ramli: PAS tu macam mana pulak?

Rahim: PAS tu orang perempuan berumur yang dah menyesal dan lihat cara bertaubat hanya melalui PAS.

Ramli: Hahaha ... banyak orang pencen masuk PAS. Satu lagi yang jenis budak muda yang naif dan sudah diindoktrinasi dengan hanya tahu worldview PAS. PKR macam mana?

Rahim: PKR lah best. Pasal dia paling baru, PKR ni macam perempuan muda. Masih cantik dan manis. Belum banyak cacat cela. Dia sedia mencuba macam-macam. Nakal pun ia juga. Macam-macam dia lakukan untuk hiburan. Tapi pasal dia muda, dia sempat memperbaiki kesilapan.

Ramli: Wah ... kau macam dah minat pada PKR?

Rahim: Tak, ... bila dia sedar dia silap, dia bebaskan diri dan akhirnya masuk UMNO.


-Agensi HusinLempoyang

August 29, 2010

KISAH SI BERSIN


Hari: Ahad.
Bulan manusia: Ogos 29
Bulan Islam: Ramadhan, 10 malam terakhir

Oleh sbb cuti, aku pegi tawarih. Surau dekat area rumah.
Jujur ckp, tak penah pegi tawarih lagi utk ramadhan kali ni.
Nak sgt pegi. Cuma hari-hari smpai rumah jam 9.30 mlm dr ofis, kecewa. Dunia. Bila rs mcm kosong, rugi. Pikir plk tuhan dan bagi chance utk ibadat bulan mulia ni, cuma 30 hari. Tambah, teringat masa tawarih kt kpg. Pelita-pelita. Decide jgk pegi. Even sorang. Tolak ajakan kwn2 yg dh lama tak lepak. 10 mlm last. Peluang. Mana tau ini ramadhan last. Niat nak pegi hari-hari. Amin. Teringin nk pegi masjid besar-besar, rs unite dgn umat-umat lain.
Ok, byk pulak kata ganda. :|
Jalan laju-laju sbb dah azan isyak. Kt kpg, jln laju-laju sbb lari dr mader. tawarih buat 8 ja. Balik awal. Mengesot pelan2, selit belakang sikit. keluar saf. Takot time mader bagi salam, nampak pulak. Kena tazkirah free. Tazkirah mader cuma senyum dan geleng :)
Ok sekarang otw ke surau.
Mana pelita? yg ada, cuma lampu liplap bergoyang kt balkoni-balkoni rumah. Pelita sini adalah lampu bulat yg melayut tinggi. Smpai surau. tgk kt tangga, apahal byk kasut besar-besar? Angkat kepala, deretan kain pelikat tgh sujud. Ok, tangga lelaki. Pusing belakang. Baru nampak kasut Krok.Roksi.

Keadaan surau: baik
Hadlaju kipas: bagus
Kebersihan telekung: bwk sendiri

Saf perempuan. Cuma satu baris. Mebi sbb ada masjid kt bhgn depan jalan, so semua org pegi sana. Mebi. Sbb smpai lambat, so aku solo sorang2 saf belakang. Semayang isyak. setel. Sementara tunggu tawarih stat. Doa-doa sikit. Dtg gerombolan kecil makcik2. Sister2. Join sebelah. Berderet fon canggih-canggih letak depan sejadah. Berkemampuan yg tak lupa tuhan. Bagus.
Nak bersin plk. Pusing belakang, bersin. Sj aku toleh kiri kanan, kalau-kalau kenai org sebelah. Gagal. Bersin lagi. Apahal ni. Aku bersin seminggu sekali. Itu pun sbb bau lori smpah lalu bwh rumah. Ini kombo ni. Kenapa. Ok tau.
Tiba-tiba teringat mader ckp,

"Manusia ni mmg. Kalau nak jumpa Sultan, baju tu nak beribu-ribu ringgit. Seterika seminggu awal. Sebolehnya nak lawa-lawa. Tapi time nk jumpa Tuhan, asal boleh ja. Kalau boleh kain telekung yg org sedekah balik haji 4 thn lepas still pakai. Kdg ada yg koyak pun pakai. Dah bau pun, tak ambik kisah. Kaler dh tukar pun pakai lagi, Sama la dgn lelaki pun.. "

Dr hasil pemerhatian. Benar.
Tima kasih Bunda

Time balik. Telekung still balut atas kepala.
Nak naik lif, selisih dgn pakgad. Dia bagi salam.
Aku jwb sambil tergelak sikit. Hihi~ bg salam la pulak, rs diri ini mcm ustajah puleee.