September 21, 2010

TERIMALAH KINCIT SEADANYA



ini semua bawal pawerr pny hal.
mungkin juga nasik goreng malatop dgn air i love u yg aku patuk kat murni semalam.
berenang la kau ikan dgn penuh lev lev dlm perot aku.
______________________________________________________________

Balik lunch dgn si gemok, baring atas tilam yg hemsem smbil online.
nak terberak. tp best kalau tahan sikit-sikit.
tukar posisi, bertinggung sebelah katil.
kedudukan bahaya ni. takmau ambik risiko.
Aku duduk terus smbil layan gwli geli geli.
ok angin nak keluar, kena push ikot mulut ni.
aku kembongkan mulut kiri kanan smbil cocok perut dgn kadar tekanan mampu ditanggung.
tiba-tiba,

ppprreetttt~

ok fine
salah corong :|
selain mulut, corong apa lagi yg mampu keluarkan angin dlm badan.
erghh! mesti berbuih ni!
aku tak marah kitaran alam, cuma yg aku marah... hmmm.
ini bukan kincir angin, atau kincir air.
ini kincit tau.
kincit!

perasaan aku waktu itu?
anda tentukan.

September 2, 2010

MANA SATU PILIHAN HATI?


Ramli dan Rahim duduk dalam satu kawasan perumahan dan rasmi mereka selalu berjumpa bersembang di kedai mamak teh tarik dalam kawasan mereka. Tajuk sembang mereka malam ini adalah parti mana yang akan dipilih.

Ramli: Dah dua tahun PKR mentadbir Selangor dan PR di negeri-negeri lain. Tiga perkara aku tengok berlaku. Alasan salahkan orang, ambil kredit dari usaha orang, dan huru harakan negeri. Aku menyesal betul pilih PKR.

Rahim: Aku tak tahulah kau pasal aku tak undi PKR. Rasa aku masalahnya adalah Khalid. Dia ingat mentang2 dia berjaya main politik dalam PNB sampai naik dan dapat jadi CEO, senang jadi MB. Dalam PNB yang main politik dia seorang. Dalam parti politik, semua main politik. Baru buku temu ruas.

Ramli: Masaalah kita ni adalah kepimpinan dalam UMNO. Mereka ini lambat respons dan berubah. Yang rasuah tu tak didakwa dan hukum. Aku kasi PKR masa last election untuk kasi mesej pada UMNO suruh berubah.

Rahim: Alah ... kau ni bukan tak tahu. UMNO ni kan macam perempuan tua yang masih jalang. Dah susah nak berubah. Tak sedar diri dah tua. Masih nak nakal-nakal.

Ramli: PAS tu macam mana pulak?

Rahim: PAS tu orang perempuan berumur yang dah menyesal dan lihat cara bertaubat hanya melalui PAS.

Ramli: Hahaha ... banyak orang pencen masuk PAS. Satu lagi yang jenis budak muda yang naif dan sudah diindoktrinasi dengan hanya tahu worldview PAS. PKR macam mana?

Rahim: PKR lah best. Pasal dia paling baru, PKR ni macam perempuan muda. Masih cantik dan manis. Belum banyak cacat cela. Dia sedia mencuba macam-macam. Nakal pun ia juga. Macam-macam dia lakukan untuk hiburan. Tapi pasal dia muda, dia sempat memperbaiki kesilapan.

Ramli: Wah ... kau macam dah minat pada PKR?

Rahim: Tak, ... bila dia sedar dia silap, dia bebaskan diri dan akhirnya masuk UMNO.


-Agensi HusinLempoyang

August 29, 2010

KISAH SI BERSIN


Hari: Ahad.
Bulan manusia: Ogos 29
Bulan Islam: Ramadhan, 10 malam terakhir

Oleh sbb cuti, aku pegi tawarih. Surau dekat area rumah.
Jujur ckp, tak penah pegi tawarih lagi utk ramadhan kali ni.
Nak sgt pegi. Cuma hari-hari smpai rumah jam 9.30 mlm dr ofis, kecewa. Dunia. Bila rs mcm kosong, rugi. Pikir plk tuhan dan bagi chance utk ibadat bulan mulia ni, cuma 30 hari. Tambah, teringat masa tawarih kt kpg. Pelita-pelita. Decide jgk pegi. Even sorang. Tolak ajakan kwn2 yg dh lama tak lepak. 10 mlm last. Peluang. Mana tau ini ramadhan last. Niat nak pegi hari-hari. Amin. Teringin nk pegi masjid besar-besar, rs unite dgn umat-umat lain.
Ok, byk pulak kata ganda. :|
Jalan laju-laju sbb dah azan isyak. Kt kpg, jln laju-laju sbb lari dr mader. tawarih buat 8 ja. Balik awal. Mengesot pelan2, selit belakang sikit. keluar saf. Takot time mader bagi salam, nampak pulak. Kena tazkirah free. Tazkirah mader cuma senyum dan geleng :)
Ok sekarang otw ke surau.
Mana pelita? yg ada, cuma lampu liplap bergoyang kt balkoni-balkoni rumah. Pelita sini adalah lampu bulat yg melayut tinggi. Smpai surau. tgk kt tangga, apahal byk kasut besar-besar? Angkat kepala, deretan kain pelikat tgh sujud. Ok, tangga lelaki. Pusing belakang. Baru nampak kasut Krok.Roksi.

Keadaan surau: baik
Hadlaju kipas: bagus
Kebersihan telekung: bwk sendiri

Saf perempuan. Cuma satu baris. Mebi sbb ada masjid kt bhgn depan jalan, so semua org pegi sana. Mebi. Sbb smpai lambat, so aku solo sorang2 saf belakang. Semayang isyak. setel. Sementara tunggu tawarih stat. Doa-doa sikit. Dtg gerombolan kecil makcik2. Sister2. Join sebelah. Berderet fon canggih-canggih letak depan sejadah. Berkemampuan yg tak lupa tuhan. Bagus.
Nak bersin plk. Pusing belakang, bersin. Sj aku toleh kiri kanan, kalau-kalau kenai org sebelah. Gagal. Bersin lagi. Apahal ni. Aku bersin seminggu sekali. Itu pun sbb bau lori smpah lalu bwh rumah. Ini kombo ni. Kenapa. Ok tau.
Tiba-tiba teringat mader ckp,

"Manusia ni mmg. Kalau nak jumpa Sultan, baju tu nak beribu-ribu ringgit. Seterika seminggu awal. Sebolehnya nak lawa-lawa. Tapi time nk jumpa Tuhan, asal boleh ja. Kalau boleh kain telekung yg org sedekah balik haji 4 thn lepas still pakai. Kdg ada yg koyak pun pakai. Dah bau pun, tak ambik kisah. Kaler dh tukar pun pakai lagi, Sama la dgn lelaki pun.. "

Dr hasil pemerhatian. Benar.
Tima kasih Bunda

Time balik. Telekung still balut atas kepala.
Nak naik lif, selisih dgn pakgad. Dia bagi salam.
Aku jwb sambil tergelak sikit. Hihi~ bg salam la pulak, rs diri ini mcm ustajah puleee.

August 23, 2010

BELONKAH HARGA DIRI?



INTERNAL SECTOR,
PERLU NAMPAK MCM ADA NILAI.
JGN SELALU BELONKAN HARGA DIRI,
SEKEJAP BOLEH KEMBONG, SEKEJAP BOLEH KEMPIS.
'BDK2' AKAN TAU MEREKA DIGULA-GULA.
NK TERUS BERGUNA? JGN MENGIYA BILA DITANYA NAMA.
SUPAYA TADAK SAPA TAU APA STATUS BANGSA DAN AGAMA.
HABIH CERITA.
WELL DONE HIPOKRASI.
* the statement is APPLICABLE FOR NOT ONLY MALAYSIANS

-kata Usman Awang,
MELAYU ITU ORANG YANG BIJAKSANA,
NAKALNYA BERSULAM JENAKA,
BUDI BAHASANYA TIDAK TERKIRA,
BILA MENGAMPU BIJAK BERALAS TANGAN,

-kata aku,
MEREKA ITU ORANG YANG SUKA DISIUL,
SETIAP TAPAK DISELIT AGENDA,
TUTUR KIAS BERULAM 1001 MAKNA,
BILA TERNGADAH PANDAI PULAK NAK MERABA,

Waduh abg usman,
kok puitis segala, capek deh.
straightforward ja. SALAM 1MALAYSIA
hahaha



August 15, 2010

DIMANAKAH KAWAN?


Di mana suara kawan-kawan?
Kawan yang betul kawan.
BUKAN kawan yang hanya mengaku atas nama kawan.

Untuk kawan yang masih berkawan.
Walaupun tak seberapa, tapi masih ada.
Aku berbangga punya mereka.
Berkawan pada setiap ketika.
Cuma selebihnya, diam tanpa kata.
Hanya bila masalah bejuta, datang sua menagih bicara.

Apapun, mereka tetap kawan.
Marah, dikeji dgn kata, dimaki berbisa,
kawan akan faham. Hanya mereka yang faham.
Selama mana kawan menyepi, terasa hati,
Mereka adalah kawan.
Kerana yang aku namakan kawan,
adalah manusia yang aku sayang.

___________________________________________

Emosi. Pahal?

August 12, 2010

PEACE


"Peace".
satu simbol (sign) yang selalu diekspresikan ketika bergambar.
Tapi sejauh mana kita paham mengenai sign 'peace' ni.
Kefahaman 'peace' (merujuk kpd sign bkn di wikipedia) bebeza mengikut generasi. arus zaman tak lansung menghakis sedikit demi sedikit makna sebenar.
Jika nak dibandingkan pengisian 'peace' dalam diri satu-satu manusia ni agak rumit. Setiap tingkat umur mempunyai level peredaran sejarah yang berbeza. Lagi lama dia hidup, lagi dalam intipati maksud 'aman' yang dia tau.
Walaupun simbol 'peace' ini tak pernah berubah sejak berabad lama.

Ya, tak pernah berubah. (dari 2 jari)
Dan,
Aku yakin, tak akan pernah berubah. (menjadi 1 jari)


Tapi yang hakikat, pemahaman mengenainya berubah. kabur.
Jadi... kita? Di mana patut kita sendiri letakkan tahap kita?
Kaji sendiri.
tak payah nak cocok pipi, cocok langit, cocok kepala kwn dgn sign ni kalau kita sendiri tergagai nak paham apa maknanya.

"saya tanya anak-anak dan pelajar saya kenapa buat simbol peace ketika berfoto, mereka jawab tiru stail artis pop korea, ketika kecil, kami menunjukkan simbol peace dgn kefahaman yang tinggi tentang kedamaian. bila lori askar melintas, kita tunjukkan simbol 'peace',
"wlwpun asal simbol 'peace' ini dikaitan dengan gerakan hippies ketika itu tetapi kenapa kita tidak boleh ambil satu kefahaman yang universal yang memperjelas simbol itu mengajak kita supaya jangan bergaduh dan berperang. sy tak anggap yg kita mengambil yang buruk dari situ"
*Seniman Prolifik, Pensyarah (UPSI) : Zulkifli Yusoff
Born in Sg Limau, Kedah (1962)



July 31, 2010

YOU'RE BORN AN ORIGINAL, DONT DIE A COPY!

Have to admit that i rarely read books now. Busy! (full stop.)
But, i got something which i think its a very interesting (self-improvement) book.
It's a good book. simple and straight forward. Trust me.
_______________________________________________________________



A simple review:
God created you for a specific, unique purpose. He has called you not to imitate someone else, but to become all that He wants you to be. Simply put - you were born an original, don't die a copy!

_______________________________________________________________

Does it make sense?
Come on guys~
Just 15 bulks.
It costs less than buying a new panty
or spending lots for your expensive lubricant.

July 22, 2010

BYLINEs


Bila semua org nak berbangga itu ini,
gua pun nak jugakkk~
so,
sini aku nak show off one of the story/byline aku kt Bernama

July 20, 2010

HUKUM ALAM YG MASIH WARAS



Jasad berfizikal normal yang menganggap dia 'sempurna'
aku percaya, akan merasa geli bila melihat benda jijik
lalu jasad ini akan berganjak bila terhidu bau yg kurang senang
kerana dia berhadapan dengan perkara yg bukan kebiasaan
maka perasaan jengkel dengan ketidak sempurnaan melonjak
pada masa darjat di bezakan

Tubuh ini tak sedar
bahawa yang sempurna pada fizikal ini
tak menoktahkan sempurna dalamnya
malah mengheret berganda aroma dari bangkai binatang keji
yg sahih, ia berjangkit.
penyakit yg tak dapat dihidu, tak dpt di lihat, tak kira darjat
tapi menusuk bisa yg mengheret diri
mati

July 9, 2010

JUST FOR A WHILE


It's been awhile.
and it will always gonna be a while,
Just for a while.

____________________

well, i'm working now.
been assigned into economy/business desk its not that easy with those damn numbers and percentage wht-so-fckng-evr.
but i'll learn to blend with it real soon.
and now, i'm getting used to it.
I guess, i did enjoy my job, so far.

Always bless me God.



* Dudes n Babes : Apologizing for the ignorance. Love u :)

June 5, 2010

NAWAITU



Bagi aku,
memanipulasi sesuatu dengan mendominasi pendapat
yang mana mahu dilihat benar
itu salah
manusia takkan mampu menebus...sepenuhnya, kesilapan
kerana yang salah itu pasti terus tebayang
tapi kita mampu menembus benteng ego sendiri
kerana dari situlah segalanya akan bermula


perebutan untuk memiliki pengaruh memang pesat
selagi dunia tak pejam,
selagi itu tolak-menolak keji-mengkeji akan ada
tapi sebagai manusia yg hny ada satu tiap yang dicipta di dunia,
kita harus tau beza yang mana pendapat , yang mana kenyataan
dan dari situ,
kita boleh tau yang mana boleh dilawan
yang mana harus dipertahan

jangan lantang memburuk budaya
jangan terlalu buruk sangka tentang bangsa
cuba sejenak di congak hasilnya,
yg ada cuma rasa benci, bermusuh, muak
dan akhirnya lansung tak boleh perbaiki diri

mengkeji, menunding, fitnah,
itu datangnya dari budaya, bukan ajaran agama




June 2, 2010

UNEDIT


Sapa kata balik kpg bosan?
byk benda boleh buat dgn dudes kt kpg.

ini aktiviti sebelum menjelajah hutan lalang di bendang

* apa salah ka kalau pakai stokin cmtu? :|


Beberapa perkara yg baru sedar :
*bila tgk balik gambar2


Gene Simmons influence me alot

Huge potential to be a macho pengkid

rambut serabai anjing! tatapi bebola mata bewarna koko :">

GETTING BIGGER! * tgk lengan aku
but nevermind,
sbb mmg aku nakkkkkkk sgt gemok pun~

Gemok Gemok Gemok!
________________________________________________

All photos credit to CHAM
Danke Gut little bro!

Dan juga 2 budak hitam yg berkenaan.