November 1, 2011

MOHAMAD DAGU.


Bila lama tak ke gig, bila lama tak pegi 'party tanpa rexona', bila lama tak tengok manusia berjoget buas, rs rindu. Terngiang-ngiang bunyi bising hall tak kedap sound dan bau kepam tempat gig. Tringat 1st time masuk gig, ms tu aku kecikkkk lagi, antara primary and sekenderi school kalau tak silap. Disebabkan pengaruh rakan sebaya (wlwpun mostly kwn aku dh bangka), aku akur. Bertempat di Dewan Leong Say Tong, Aloq Staq, aku cipta rekod pertama ke konsert haram bwh tanah. Hatko bertebaran terok time tu.

Oh, ms tu belum ada istilah 'dak-dak scene/sin', ms tu jarang nak dengar istilah 'groupies'. Yg ada cuma mat2 gig tepu jenis tak ambil kisah hal org lain. Tak trendy, takda seluar ketat expose bontot benjol, takda baju kaler-kaler dgn tulisan meleleh-leleh, takda kepit awek kehulur-hilir. Jauh sekali nk jumpa awek pakai hotpants. Yg terbentang cuma musik dan warna hitam, hitam yg belum terobek dek kepesatan trendy.

Tapi itu dulu, kalau nak kira dulu, tok aku pun still bergetah.


Sekarang dh lain. Gig dah kalerful dan wangi, dak-dak sin yg lelaki dh pandai cr perfume ala seductive. Mana tak, awek fashionista bergelimpangan sana. Dr baju membawak ke mekap, pakej lengkap. Ada pakai baju band ganas, ada sepsi tayang peha gebu, ada sarung baju tidur. Mmg pelbagai. Aku wonder, mana pegi average minah-minah gig dulu yg mostly-nya gemok, busuk, lingkaran mata gelap dan friendly. aku curious. Maybe tgh susukan anak. Atdesametaim, aku terpikir, still, kt mana-mana pun, kalau gig metal tepu, lagu menatangharamtakfaham tahap keluar masuk kerongkong pny jenis, ada, wujud ja mereka yg otai, ketrampilan masih sama, bicara juga serupa, mcm dulu.

Yalah, mungkin silap aku tulis mcm ni, sbb gig di Kl lain, urban. Kena ikut peredaran zaman, kena catchy, kena brandy. Tapi kalau namanya gig tema apa pun, tak payah la nak judge org yg konservatif ke gig kalau hny sbb tak ikut aliran terkini. Baik tino ke jatan ke, same ajew. Camna 'sin' nk meriah kalau susah nk get along. Dh takleh main lambung lambung.

Walau mcmana pun, sejak masihi lg aku masih tak dpt jawapan bg soalan ni,
KENAPA KALAU KAT GIG, SEMUA ORANG BAJET OTAI? kira nak mendagu muka menadah langit sj. kenapaaaa?!
Yg peliknya, lepas hari kebanyakan, boleh pulak si bajet td meliuk-liuk menegur sini sana. Dimana celakanya?