June 27, 2009

JATUH & BANGUN


Tiap hari...

aku akur kepada diri bahawa aku,
masih ada yang membenci.
masih ada yang mengkeji.
masih ada yang memandang sinis.
masih ada yang menolak.
masih ada yang melangkah menjauhi.
masih ada yang tidak dapat menerima.
masih ada yang akan terus melemparkan kata-kata.

Kadang aku jatuh, terhempap.
Sesak dada. Sakit. Umpama dipijak,disepak. Segala rasa.
Itu lumrah.
Aku bangun. Pandang sekeliling. Monolog berbaur maki, menyumpah.
Tapi aku perlu mendongak, bersyukur. Yakin. Kerana dalam setiap wujudnya kesakitan itu pasti ada lawannya.

Yang pasti, hari ini juga...

aku sedar yang aku,...
masih ada yang menyayangi.
masih ada yang mahu mengambil tahu.
masih ada yang mahu menjaga.
masih ada yang akan terus membimbing.
masih ada yang sentiasa berdiri di sisi.
masih ada yang melangkah mendekati.
masih ada yang terus setia memerhati.

June 20, 2009

MAINAN DALAMAN.


Sociopath?

Narcissistic?


Jelas ianya berkaitan dgn psikologi manusia.
sebutan agak berbelit.
tp impaknya jauh lebih hebat dari himpunan berabad hasad dengki.
hakikatnya,
kombinasi 2 elemen ini shj sudah cukup utk membunuh keluarga sendiri.
jika keluarga mampu dibunuh tanpa ada senoktah rasa,
inikah pula manusia sebangsa seagama dan selainnya.

hidup didalam dunia asing dimana tidak pernah menjadi diri sendiri,
berada didalam kepompong pembohongan yang padat,
bergelumang dgn sejuta perasaan dalam diri,
kepuasan hidup yg tidak dapat dikenalpasti...
menghayunkan manusia ini ke satu dimensi dimana kewarasan tidak lagi diendahkan.
sifat keperimanusiaan dipijak rapat.hilang tanda bhw ianya pernah bersenyawa dalam diri.

jasmani sempurna tetapi rohani berterbangan bersama gumpalan kotor perasaan.
susunan perkataan diluahkan penuh teliti menelanjangkan sifat syakwasangka.
namun agendanya masih dipaku erat.
apabila kemuncak rasa menekan dada.
memberi tanda utk memuntahkan segalanya.
dan tatkala waktu dan saat itu tiba,
kita hanya mampu bersedia, melawan rasa.
keringat bertanya,

seteguh mana kita mampu terus kekal berdiri apabila ketabahan diri diuji.


-special thanks to Kent Whitaker

June 6, 2009

THE CHOIR OF AGONY SMILE.

This is where it all began
A gap between the scenes

I seek to find
The lost piece of time
Is the dream of the hidden truth
or just a shadow of the past?

It was so hard to justify
Slowly it's passing by

I fear to lose all that I have
I just wanted to bring back the dreams I already lost

Here,
Between the joy and flames
I'm walking back into night
The ruins of town that I left behind,
I stared with an empty smile.

It's the time to choose a brand new path
Cleanse myself of all my sins and my sinful thoughts
And face the myths of life

When our worlds collide
While an innocent dies
I got to do it all away.
But,
All the time in the heart of the defense
Will I ever find someone to believe...again?

With the taste of tears
With the feel of death
With the code of silence

I will always miss you.

.......................................................................................................................................................

AND.

When the time of flowing blood full with hatred takes the place,
I swear on the name of my rage...
Those who made me suffer will taste my hate!